28.5 C
Shah Alam
Thursday, 12 December, 2019

Umpan Rohu Versi Matsumoto ®

2321

 

Terdapat kepelbagaian produk umpan memancing berlabelkan Matsumoto sama ada untuk pancingan air tawar dan air masin.

Salah satu bahan umpan memancing yang popular adalah umpan untuk menjerat ikan rohu. Berikut merupakan tutorial untuk menyediakan umpan rohu Matsumoto.

 

BAHAN-BAHAN KEPERLUAN :

 

Dedak 929 Matsumoto
Serbuk 007 Pandan Matsumoto
Serbuk 013 Strawberi Matsumoto
Perisa susu Matsumoto
Serbuk 039 Umpan Gam Matsumoto

 

CARA PENYEDIAAN UMPAN :

 

Langkah 1

Masukkan satu bungkus dedak 929 Matsumoto ke dalam bekas bancuhan.

Kemudian satu paket serbuk pandan Matsumoto dan satu paket serbuk strawberi Matsumoto. Taburkan sedikit (suku paket) serbuk umpan gam.

Gaul campuran dedak dan serbuk perisa ini hingga sekata atau sebati.

 

 

Langkah 2

Sediakan kira-kira 300 mililiter air kolam atau air tanpa klorin di dalam bekas kosong.

Kemudian masukkan satu penutup botol perisa susu Matsumoto ke dalam air.

Bancuh sehingga ia menjadi sebati.

 

 

Langkah 3

Masukkan air berperisa susu itu ke atas dedak sedikit demi sambil menggaulnya sehingga menjadi adunan yang boleh dikepal.

Adunan yang bagus ialah tidak terlalu lembik dan tidak pula terlalu peroi sehingga mudah berderai.

 

CARA-CARA MENGGUNAKAN UMPAN:

 

Langkah 1

Gunakan spring dua mata kail atau lebih.

Terlebih dahulu cucuk mata kail dengan palet atau kepingan roti yang telah dipenyek dan dipotong kecil (dicelup dengan perisa susu Matsumoto).

Atau boleh juga gunakan bijiran seperti jagung pada mata kail.

Langkah 2

Kepal dedak dengan kemas pada spring. Salah satu mata kail boleh juga diselitkan ke dalam kepalan dedak.

Umpan ini boleh digunakan untuk kaedah pancingan dasar atau apung dengan menggunakan pelampung kekal.

Baling umpan ke kawasan yang dipercayai menjadi spot tongsan atau rohu.

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara Nu Ideaktiv Sdn Bhd • Dikendali Oleh Astro Group

error: