Menurut pemancing yang mereka cipta umpan ini, sudah beratus kilogram ikan kap termasuklah ikan lee koh, rohu dan tongsan sisik halus telah beliau naikkan dengan menggunakan umpan ini.
Memandangkan beliau tidak lagi aktif memancing, barulah bersedia untuk berkongsi ramuan umpan yang telah disimpan sekian lama.
Sirip merupakan organ yang menonjol dari tubuh yang ditutupi dan dihubungkan oleh selaput kulit. Fungsinya secara umum adalah untuk membantu ikan berenang, walaupun ada ikan yang menggunakannya untuk meluncur atau merangkak. Sirip pada ikan terletak pada pelbagai tempat untuk pelbagai fungsi.
SIRIP DORSAL
Sirip dorsal (dorsal fin) terletak di posterior operculum atau disebut juga bahagian atas ikan. Sesetengah ikan memiliki lebih dari satu sirip dorsal. Sirip dorsal berperanan melindungi ikan dari pemangsa dan membantu pergerakan maju, membelok serta pegun atau berhenti. Sesetengah ikan menggunakan sirip dorsal dengan cara berbeza. Anglerfish contohnya, menggunakan sirip dorsalnya yang bercahaya untuk ‘memancing’ ikan lain. Ada juga sesetengah ikan menggunakan sirip dorsalnya yang mampu mengeluarkan racun sebagai senjata pertahanan.
SIRIP ADIPOS
Sirip adipos (adipose fin) merupakan sirip yang lembut dan berdaging terletak di antara sirip dorsal dan sirip kaudal. Namun tidak semua ikan memiliki sirip ini. Hanya sesetengah ikan seperti spesies salmonidae, charasins dan catfishes yang memilikinya. Fungsi sebenar sirip adipos ini masih menjadi tanda tanya para pengkaji. Pengkaji di Kanada berpendapat ia berfungsi seperti sensor namun masih tiada bukti sahih mengenainya.
SIRIP KAUDAL
Sirip kaudal (caudal fin) merupakan bahagian ekor ikan. Ia penting untuk henjutan ketika berenang. Sirip kaudal juga mempunyai pelbagai bentuk mengikut spesies ikan tertentu. Ia juga boleh dikelaskan untuk mengklasifikasikan spesies ikan.
SIRIP ANAL
Sirip anal (anal fin) terletak di permukaan bahagian bawah ventral atau perut ikan dan di belakang anus. Sirip anal berfungsi untuk kestabilan ketika ikan berenang.
SIRIP PELVIK
Sirip pelvik (pelvic fin) terletak pada bahagian bawah abdomen dan berpasang. Sirip pelvik ini membantu ikan untuk berenang ke atas dan ke bawah, membelok dengan tepat dan berhenti dengan cepat. Dalam famili gobiidae, sirip pelvik biasanya bercantuk menjadi satu sirip menyedut yang berfungsi untuk berpegang pada sesuatu seperti batu dan sebagainya.
SIRIP PEKTORAL
Sirip pektoral (pectoral fin) terletak pada setiap sisi ikan operkulum (bahagian keras yang melindungi insang). Ia berfungsi untuk membantu ikan mengekalkan kedudukan pada satu-satu kedalaman. Ikan daripada famili clariidae seperti keli menggunakan sirip pektoral untuk berjalan di atas darat.
Ciri fizikal: Mulut runcing memanjang seperti muncung. Badan bertompok coklat dan putih, sisik keras dan putih-keputihan di bawah perut.
Habitat: Dasar berkarang, kawasan tukun dan batu karang.
Taburan: Selatan Jepun hingga Australia, Lautan Hindi dan kepulauan Solomon.
Tempatan: Pantai Timur, Utara Semenanjung, Sabah
Kalau tidak disebabkan muncung yang tirus memanjang, ramai yang tidak mengenali ikan landuk atau popular dengan panggilan luping di Sabah terutama ketika dinaikkan. Sesetengah orang sukar untuk membezakan di antara luping (longface emperor), seronceng (starry pigface emperor – microdon) assoh (thumbprint emperor – Lethrinus harak dan tambak. Malah tambak itu sendiri terdapat 5 jenis.
Keempat-empat jenis ikan ini adalah ikan karang yang biasanya aktif pada waktu malam, boleh dijumpai di dalam kawasan yang sama (bercampur) dan memiliki diet dan bentuk fizikal yang hampir sama.
Luping memiliki muncung yang paling panjang dalam keluarga ikan yang bergelar ikan maharaja atau emperor fish ini. Ia bersisik agak tebal dan keras tetapi tidak berskala besar, memiliki corak warna yang menarik ketika berada di dalam air (seperti corak batik) dan sebaik saja didaratkan ke atas bot.
Bibirnya tebal memanjang dibarisi gigi-gigi halus dan kasar di hadapan bahagian mulut. Warna kulitnya bercampur di mana warna kemerahan pada bahagian atas badan dan sirip dorsal pertama. Warna coklat gelap bertompok-tompok keputihan di bahagian bawah garisan lintang.
Bahagian muncung mempunyai jalur putih membawa ke arah mulut. Pangkal ekor agak tegap dan padu untuk memberi daya seimbang kepada ekor bercabang besar. Lelangit di dalam mulut berwarna merah atau oren.
Ikan luping seperti mana ratusan marine fish yang lain mudah ditemui di perairan yang mempunyai karang di dasar pada kedalaman 20 kaki hingga melebihi 140 kaki.
Tidak kira gugusan karang tersebut besar (terumbu karang) malah ikan karang ini didapati meronda di kawasan pantai atau perairan yang mempunyai tompok-tompok karang kecil (spot reef).
Waktu siang banyak dihabiskan berehat di celah-celah karang dan mundar-mandir di kawasan sekitar tidak keluar dari gugusan karang. Jangkaan rondaan pada sebelah malam pula agak luas di mana kawasan perairan cetek (pantai) juga dijajahi ketika memburu makanan.
Taburan tempatan lebih ketara di sebelah Malaysia Timur, terutama Sabah. Itupun kalau pihak berkuasa sempat dan mampu menangani ‘pengebom ikan’ di kawasan pantai.
Jika kemusnahan kawasan karang berleluasa, suatu hari nanti spesies ini sukar diperolehi seperti mana terjadi di kawasan Pulau Besar, Melaka dan Pulau Sembilang, Perak, Pulau Angsa di Selangor yang musnah akibat berleluasanya pengunaan pukat harimau.
Di Semenanjung pula lubuk terbaik memburu ikan ini ialah di sebelah Pulau Aur, Pulau Pemanggil, Pulau Dayang dan Pulau Tinggi. Karang Emas di Johor, Pulau Tioman, Karang Luas, Karang Tinggi di Pahang dan gugusan Pulau Redang, Pulau Bidung, Pulau Karah dan Pulau Yu di Terengganu.
Kawasan lain seperti kepulauan Spratly, Terumbu Layang-Layang dan Lucornia dikenal pasti taburan ikan ini memang banyak, namun jarak, masa dan kos membatasi pemancing untuk memburu ikan ini.
Ikan lampam sungai atau nama saintifiknya Barbonymus schwanenfeldii memang merupakan spesies yang dikenali ramai di Malaysia.
Juga dikenali sebagai tinfoilbarb, spesies lampam merupakan ikan airtawar tropika yang berasal dari Asia Tenggara dan merupakan spesies ikan daripada keluarga Cyprinidae.
Spesies ini pada asalnya dijelaskan oleh Pieter Bleeker dalam genera Barbus schwanenfeldii.
TABURAN SPESIES
Bagi spesies lampam, spesies ini merupakan antara spesies ikan yang penting di Asia.
Pola taburan ikan lampam tertumpu di Lembah Mekong dan Chao Phraya, perairan air tawar di Semenanjung Malaysia, Sumatera serta boleh ditemui di kawasan Borneo.
Di kalangan pemancing di Malaysia, ikan lampam merupakan spesies ikan yang tidak sukar untuk diperolehi.
Spot utama untuk memancing ikan lampam ialah kawasan sungai-sungai, lombong serta kebanyakan tasik di Malaysia termasuk tasik utama seperti Royal Belum dan Tasik Kenyir.
Biar pun dianggap sebagai spesies ikan pancingan yang biasa-biasa, memancing ikan lampam mampu memberikan keseronokan dan menimbulkan keriuhan terutama apabila memancing di kawasan yang lebih pedalaman dengan aliran sungai yang bersih.
MORFOLOGI
Bagi ikan lampam, tidaklah terlalu sukar untuk membuat pengenalan berdasarkan morfologi luaran.
Seperti yang kita tahu, spesies ini mempunyai bentuk badan yang menipis dan mengambil bentuk daripada kumpulan order Cypriniformes, yakni dengan kata lain daripada kumpulan dengan bentuk badan seperti ikan Cyprinid.
Bagi spesies ini, duri pada sirip dorsal hadir dengan jumlah 3 manakala sirip lembut pada sirip dorsalnya pula berjumlah 8.
Pada bahagian bawah, sirip anal lembut berjumlah 5 dan jumlah duri pada sirip anal ialah 3.
Spesies lampam sungai mempunyai morfologi yang lebih kurang sama dengan satu lagi ikan lampam yang agak terkenal di Malaysia iaitu lampam jawa.
Kebiasaannya, ikan lampam mempunyai warna badan keperakan (silvery) atau agak kuning keemasannya bergantung kepada persekitaran habitatnya.
Spesies lampam sungai dapat dibezakan dengan spesies lain daripada genus yang sama melalui warna pada siripnya.
Bagi seekor lampam sungai, sirip dorsalnya berwarna merah namun terdapat kehadiran warna hitam pada hujung sirip tersebut.
Sirip pektoral, pelvik, kaudal dan sirip analnya pula berwarna merah namun terdapat kehadiran garisan margin hitam pada sirip kaudalnya.
Pada bahagian antara sirip dorsal dan garisan lateral pula, terdapat sejumlah 8 baris susunan sisik antara kedua-dua tempat tersebut.
Spesies lampam sungai mampu membesar sehingga panjang 35 cm menurut rekod.
Namun bagi kaki pancing, saiz yang biasa didaratkan ialah sekitar 15 cm hingga 20 cm panjang.
Lampam yang bersaiz 20 cm panjang sudah memadai bagi seorang kaki pancing untuk mendapatkan kepuasan memancing tinfoil barb ini.
HABITAT DAN EKOLOGI
Secara biologi, spesies lampam merupakan spesies ikan benthopelagik dan hidup dalam persekitaran yang mempunyai pH antara 6.5 hingga 7.
Spesies ini biasanya gemar bergerak secara berkumpulan di kawasan pertengahan sungai hingga ke kawasan dasar.
Lampam juga boleh ditemui di habitat sungai mengalir yang bersaiz sederhana hingga ke sungai yang besar.
Kadangkala terdapat lampam boleh ditemui di kawasan limpahan sungai terutama selepas musim banjir.
Selain itu, kajian yang mengambil spesimen di Timur Kalimantan menunjukkan spesies lampam hidup dalam persekitaran yang mempunyai suhu lingkungan 20.4°C hingga 33.7°C.
DIET
Jika menghakimi daripada bentuk luaran, pastinya tidak dijangka bahawa spesies lampam merupakan spesies ikan yang pelahap.
Sekumpulan lampam akan memakan makanan yang berada di depan mata sehingga habis.
Bergerak secara berkumpulan, biasanya spesies ini dikategorikan sebagai herbivor dengan diet utamanya tertumpu kepada makrofit akuatik dan juga tumbuhan separa tenggelam termasuk alga.
Begitu pun, kerakusan diet pemakanan spesies ini terbukti apabila turut sama menjadikan serangga kecil di permukaan air sebagai makanannya.
Malahan, dalam pancingan juga terbukti ikan ini bukan herbivor semata-mata kerana umpan cacing dan cengkerik juga mampu menaikkan spesies lampam.
Tiga tahun mengejar ilmu, akhirnya aku lulus semua ujian ku. Bulan depan aku akan memiliki ijazah sarjana muda ekonomi perniagaan. Sementara itu aku cadang...