Umpan peram papa mama merupakan umpan campuran beberapa bahan yang perlu diperam bagi agar ia benar-benar sebati. Ia boleh diperam seberapa lama yang mungkin
kerana ia tidak akan rosak. Sebaliknya semakin disimpan lama, semakin meningkat pula kualitinya.
Bahan-bahan keperluan:
5 ulas nangka madu
500 gm santan sawit
1 biji ragi masam
150 gm tapai ubi
50 ml madu
135 gm yogurt mangga
100 ml Papa Paste Nangka
100 ml Papa Paste Durian Wangi
Cara penyediaan umpan:
Masukkan kesemua bahan dengan sukatan yang diberikan ke dalam pengisar dan kisar sehingga lumat.
Setelah dikisar, masukkan umpan ini ke dalam botol 1.5 liter dan peram sekurang-kurangnya tiga hari sebelum digunakan sebagai umpan memancing. (Dalam tempoh peraman ini proses penapaian akan berlaku dan gas yang terhasil perlu dibebaskan).
Cara penggunaan umpan:
Potong dadu satu bungkus roti sandwic ke dalam bekas bancuhan umpan.
Masukkan kira-kira 8 hingga 10 penutup botol sos umpan ke roti dan goncang hingga sekata.
Cocok 5 ketul roti dadu pada kedua-dua mata kail kemudian kepal roti dadu pada keduanya atau salah satu daripadanya.