Umpan peram papa mama merupakan umpan campuran beberapa bahan yang perlu diperam bagi agar ia benar-benar sebati. Ia boleh diperam seberapa lama yang mungkin
kerana ia tidak akan rosak. Sebaliknya semakin disimpan lama, semakin meningkat pula kualitinya.
Bahan-bahan keperluan:
- 5 ulas nangka madu
- 500 gm santan sawit
- 1 biji ragi masam
- 150 gm tapai ubi
- 50 ml madu
- 135 gm yogurt mangga
- 100 ml Papa Paste Nangka
- 100 ml Papa Paste Durian Wangi
Cara penyediaan umpan:
- Masukkan kesemua bahan dengan sukatan yang diberikan ke dalam pengisar dan kisar sehingga lumat.
- Setelah dikisar, masukkan umpan ini ke dalam botol 1.5 liter dan peram sekurang-kurangnya tiga hari sebelum digunakan sebagai umpan memancing. (Dalam tempoh peraman ini proses penapaian akan berlaku dan gas yang terhasil perlu dibebaskan).
Cara penggunaan umpan:
- Potong dadu satu bungkus roti sandwic ke dalam bekas bancuhan umpan.
- Masukkan kira-kira 8 hingga 10 penutup botol sos umpan ke roti dan goncang hingga sekata.
- Cocok 5 ketul roti dadu pada kedua-dua mata kail kemudian kepal roti dadu pada keduanya atau salah satu daripadanya.