Pla buk atau patin Mekong sebagaimana ikan-ikan patin lainnya mempunyai diet yang tersendiri.
Untuk memikat patin Mekong ini tidaklah semudah mengepal dedak kosong begitu saja. Ia memerlukan perisa dan bauan bagi memikatnya.
Dan Matsumoto ada ramuan tersendiri untuk memikat spesies dari Thailand ini.
Bahan-Bahan Membuat Umpan:
Dedak 929
Palet 6363
Matsumoto Umpan Mekong (Strawberi)
Matsumoto Serbuk Perisa Strawberi
Umpan 3D Strawberi
Air
Cara-Cara Membuat Umpan :
Langkah 1
Masukkan kira-kira 3 gelas dedak 929 ke dalam bekas bancuhan.
Langkah 2
Campurkan pula kira-kira 2 gelas palet 6363.
Langkah 3
Masukkan 2 paket Matsumoto Umpan Mekong-Strawberi.
Langkah 4
Masukkan satu paket Matsumoto Serbuk Perisa Strawberi dan gaul semua campuran.
Langkah 5
Masukkan kira-kira 3-5 penutup Umpan 3D Strawberi ke dalam gelas.
Langkah 6
Masukkan air ke dalam gelas sehingga campuran sekata.
Langkah 7
Gunakan air tersebut untuk membancuh bahan-bahan campuran tadi. Tambah lagi air sehingga mendapat adunan yang sesuai.
Langkah 8
Sebaiknya biar adunan ini selama 1 jam atau palet sudah menjadi lembut.
Langkah 9
Cucukkan keropok jagung pada mata kail yang menggunakan spring.
Langkah 10
Kepalkan adunan tadi spring dan kepalan kecil pada mata kail.