Umpan perah (umpan yang berasaskan buah perah tanpa kira jenama) sudah boleh digunakan secara terus dengan roti atau palet untuk dijadikan umpan. Namun untuk lebih power, umpan perah perlu dicampur dengan perisa lain. Berikut merupakan perkongsian bagaimana untuk menjadikan umpan perah lebih power apabila digunakan dengan roti potato.
Bahan-bahan keperluan:
Umpan Perah AA
Paste Pacak (perisa strawberi)
Sos Raya (perisa pisang)
Roti Potato
Penyediaan Sos Umpan:
LANGKAH 1
Masukkan lebih kurang 100ml sos Umpan Perah AA ke dalam botol kosong.
LANGKAH 2
Masukkan Paste Pacak kira-kira 5 penutup.
LANGKAH 3
Masukkan kira-kira 2 penutup Sos Raya dan goncang hingga sebati.
Penyediaan Umpan & Roti
LANGKAH 1
Kopek kulit luar roti potato bahagian atas dan juga bawah.
LANGKAH 2
Belah dua roti potato dan potong dadu anggaran 9 ketul.
LANGKAH 3
Tuang sos umpan diolah ke dalam bekas bancuhan yang berisi roti potato dengan kadar jumlah yang berpadanan dan goncangkan.
LANGKAH 4
Cucuk kiub roti potato pada perambut dua mata kail.
LANGKAH 5
Bahagian inti yang siap dicucuk kira-kira 6 kiub roti potato.
LANGKAH 6
Kumpulkan hingga penuh tapak tangan roti potato dan lekapkan inti ke atasnya.
LANGKAH 7
Sediakan sebahagian lagi roti bagi menutup inti sepenuhnya dan kepal dengan lembut.
LANGKAH 8
Kumpulkan hingga penuh tapak tangan roti potato dan lekapkan inti ke atasnya.
LANGKAH 9
Umpan yang siap untuk dilontarkan ke lubuk.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Umpan roti siat? Memang agak pelik bunyinya. Namun umpan ini sebenarnya lebih kepada teknik. Lazimnya roti atau ban dipotong dadu. Hakikatnya tidak semestinya roti perlu dipotong dadu. Terutamanya jika roti bersaiz besar. Ia boleh dicarik-carik atau disiat-siat begitu saja.
Bahan-bahan Keperluan:
Serbuk perisa pandan
Roti ban kosong
NS Power perisa pandan
Pes Original pandan
Cara Penyediaan umpan:
Buang bahagian luar kulit roti kerana bahagian ini tidak diperlukan.
Siat-siat roti dan masukkan ke dalam bekas bancuhan. Saiz siatan tersebut terpulang kepada citarasa korang.
Masukkan serbuk perisa pandan mengikut sukatan kesukaan korang.
Kemudian goncang sekata agar semua roti mengenai serbuk perisa pandan. Kemudian masukkan pula NS Power perisa pandan.
Setelah digoncang dengan sekata kemudian masukkan pula pes pandan dan goncang lagi.
Cucuk cebisan roti menutupi mata kail sebagai inti.
Kemudian kepalkan mata kail yang dicucuk roti itu dengan sekemas mungkin.
GALERI
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Ikan kuku mempunyai diet pemakanan yang cukup unik. Dari krustasia kecil, moluska, anak ikan sehingga ketulan daging ayam, roti dan tepung yang diuli. Dari segi rangkaian makanan saya berpendapat ketam angin adalah kegemaran utama kuku diikuti anak udang ketak, udang pasir berkulit keras, anak ikan, perumpun dan sebagainya.
Pengunaan isi ayam goreng, capati atau roti canai separa masak, tepung yang diuli sebagai umpan kini menjadi kemestian memandangkan tidak banyak ikan-ikan muara lain mengemarinya. Atas dasar ini kadar sentapan ikan kuku lebih besar di sebabkan ikan-ikan lain jarang mengacau jenis umpan makanan darat ini.
Roti canai dan tepung saya pernah mencubanya tetapi isi ayam goreng belum lagi. Seeloknya umpan jenis digunakan semasa banyak ikan lain datang mengacau umpan.
Di Australia, pengunaan soft plastic begitu meluas untuk menjerat spesies ikan bream. Soft plastic berupa anak udang dan cacing laut menjadi pilihan kebanyakan pemancing di Australian ini. Ia jarang diamalkan di negara kita memadangkan sukar bagi pemancing mengesan spot utama kuku kerana kehadirannya berkait rapat dengan musim.
Ketam Kecil
Ketam batu, ketam angin atau ketam Rumput dikatakan paling mujarab malah mampu menarik perhatian siakap merah. Umpan ketam dicangkukkan dari bahagian bawah hingga menembusi kulit atas. Sebaiknya ketam hidup.
Roti sandwich
Umpan roti juga boleh digunakan. Biasanya menggunakan roti Gardenia yang dikepal kecil-kecil sebelum dicangkukkan. Roti Gardenia butterscotch dikatakan lebih berkesan kerana memiliki aroma mentega.
Udang hidup
Udang hidup agak jarang digunakan untuk memancing kuku namun tidak mustahil menaikkan kuku bersaiz besar. Gunakan udang bersaiz kecil anak jari.
Roti canai
Roti canai antara umpan kuku popular di Terengganu. Roti canai yang dimasak separuh dikatakan paling baik dibuat umpan.
Ayam goreng
Ayam goreng sama ada digoreng sendiri dengan minyak yang telah digunakan atau menggunakan ayam goreng KFC. Cangkukkan sahaja cebisan isi ayam goreng sebagai umpan.
Umpan tepung
Umpan campuran tepung biasanya digunakan oleh pemancing yang telah lama memancing kuku. Campuran tepung yang diuli dengan pelbagai resepi menjadi umpan rahsia untuk memancing kuku.
Sate ayam
Sate ayam merupakan satu lagi alternative pilihan kaki pancing untuk menjerat spesies ini. Ada sesetengah pemancing menggunakan sate tongkeng ayam kerana bahagian ini lebih berlemak dan mengeluarkan minyak untuk dikesan oleh kuku.
Teritip
Teritip merupakan makanan asasi bagi ikan kuku. Tengok sajalah bagaimana rupa gigi ikan kuku. Untuk menggunakan umpan ini sebaiknya dikupas kulit dan diambil isinya.
Udang ketak
Tentu saja ia merupakan umpan kegemaran ikan kuku tetapi untuk mencari anak udang ketak yang bersaiz sebesar ibu jari bukannya mudah.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...