(Idea: Amran Tongsan)

Sebelum pes perisa pisang digunakan secara meluas di kolam-kolam pancing, pemancing-pemancing tegar menggunakan pisang itu sendiri sebagai salah satu bahan umpan.

Berikut merupakan satu perkongsian dari seorang orang lama kolam pancing, menggunakan pisang emas sebagai umpan.

 

Bahan keperluan:

 

5 biji pisang emas masak ranum

Ads

1 sudu besar gula pasir

1 sudu kecil yis

 

Cara Penyediaan:

 

Ads

➡  Lenyek kesemua pisang emas di dalam bekas kedap udara.

 

➡  Campurkan gula pasir dan yis ke atas pisang yang sudah lenyek dan gaul kesemuanya hingga sebati.

 

Ads

➡  Tutup bekas dan peram kira-kira 4 hingga 5 jam. Dalam proses penapaian ini gas akan terhasil dan berkemungkinan akan menyebabkan bekas menggelembung dan meletup.

 

Cara Penggunaan:

 

➡  Tuangkan pisang lenyek ke atas roti sanwic yang telah dipotong dadu. Gaul sehingga setiap roti dadu mengenai pisang lenyek ini dan bolehlah dicangkuk pada mata kail dan dikepal sebagaimana menggunakan roti dadu untuk dibuat umpan.

 

➡  Lazimnya ikan patin akan mengambil umpan ini.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI