Jenggo atau udang galah boleh dipancing dengan menggunakan umpan konvensional seperti anak udang sungai, umpun-umpun, cacing tanah, organ haiwan dan pelbagai lagi.
Namun dengan penggunaan bahan-bahan pemikat bersama umpan ini ia mampu mempercepatkan proses udang galah mengesan umpan sekali gus memakan umpan pada mata kail.
💡 Bahan-bahan keperluan
Anak udang sungai
Minyak Umpan 3D Matsumoto
Serbuk pemikat udang Matsumoto
💡 Cara penyediaan umpan
Langkah 1
Ads
➡ Masukkan umpan anak udang sungai ke dalam bekas bertutup.
➡ Titiskan kira-kira lima hingga sepuluh titik minyak Umpan 3D Matsumoto ke atas udang.
➡ Goncang sehingga udang disaluti minyak.
Ads
Langkah 2
➡ Curahkan kira-kira satu pertiga paket serbuk pemikat udang Matsumoto (bergantung kepada jumlah umpan udang sungai digunakan) ke atas udang yang telah disaluti minyak.
➡ Goncangkan bekas bertutup dan simpan kira-kira 15 minit sebelum digunakan dengan cara mencucuk umpan udang ini pada mata kail.
Ads
💡 Langkah 3
➡ Umpan yang sedia untuk digunakan. Sebaiknya sediakan umpan ini kira-kira setengah jam sebelum memancing agar ia dapat bersebati dengan baik.
➡ Pastikan juga bekas umpan sentiasa tertutup, tidak dimasuki air dan disimpan di tempat yang tidak kena panas secara terus.
“Kalau tak best, bagitau kami… kalau best, SHARE la kat member.”
Ikan pacu adalah haiwan maserba atau boleh dikatakan memakan apa saja. Namun tak bermakna kalau sekadar diberi makanan ikan, pacu akan memakan umpan tersebut. Jadi, umpan tersebut perlu diejas bagi mencepatkan proses ikan pacu memakannya.
Bahan-bahan keperluan:
Palet 920
Sos Raya Kuning A1
Strawberi Musang A1
Jajan atau keropok jagung
Air
Cara-cara penyediaan umpan:
Masukkan satu kilogram palet 920 ke dalam bekas bancuhan.
Masukkan air 200ml dan gaul palet. Biarkan seketika sehingga palet menyerap air.
Masukkan pula Sos Raya Kuning A1 sebanyak 5 penutup botol, kemudian tambah sos Strawberi Musang A1 juga sebanyak 5 penutup botol.
Gaul palet ini hingga sebati kemudian perapkan ia di dalam bekas tertutup kira-kira 15 hingga 20 minit sebelum digunakan.
Cara-cara penggunaan umpan:
Cucuk jajan atau keropok jagung pada mata kail (teknik apung menggunakan spring dua mata kail berpelampung).
Kepal palet pada spring kira sebesar penumbuk. Pastikan palet mampu dikepal dengan sempurna. Jika berderai, tambahkan sedikit air pada palet.
Lontarkan ke kawasan ikan bermain air dan tunggu sehingga umpan tersebut diragut ikan.
Umpan cam (campuran) Original adalah campuran beberapa perisa produk Original yang boleh diguna pakai dengan sukatan tertentu bagi menghasilkan satu gabungan bau dan rasa yang mampu memikat ikat memakan umpan tersebut.
Bahan-bahan keperluan:
Perisa strawberi Original
Perisa soya Original
Perisa nangka Original
Perisa honeydew Original
Perisa badam Original
Roti sandwich
Cara penyediaan Umpan:
Langkah 1
Potong dadu sebungkus roti sandwich dan buangkan kulitnya yang keras. Simpan di dalam satu bekas atau plastik.
Langkah 2
Sediakan satu botol kosong. Masukkan 100 gram perisa strawberi, 50 gram perisa nangka, 20 gram perisa soya, 10 gram perisa honeydew dan 1 gram perisa badam. Goncang botol supaya perisa campuran menjadi sebati.
Langkah 3
Tuangkan sedikit (anggaran untuk sebuku roti) umpan campuran perisa ke dalam beg plastik. Ratakan umpan agar mengenai sebahagian besar ruang di dalam beg plastik.
Langkah 4
Masukkan kesemua roti dadu ke dalam beg plastik berisi umpan campuran perisa. Kembungkan beg plastik dengan udara agak memudahkan proses mengadun roti dadu sebati dengan umpan.
Goncang sehingga kesemua roti dadu disaluti umpan. Biarkan seketika agar roti dadu dan umpan menjadi sebati.
Cara menggunakan umpan:
Gunakan perambut Y dua mata kail tali sulam atau tangsi. Cucuk kedua-dua mata kail dengan beberapa roti dadu yang bersalut umpan perisa campuran.
Gabungkan kedua-dua mata kail tersebut (atau salah satu daripadanya) dan kepal dengan roti dadu lainnya sehingga menjadi seperti bebola.
Sebaiknya biarlah kepalan itu tidak terlalu longgar atau terlalu padat.
Tiga tahun mengejar ilmu, akhirnya aku lulus semua ujian ku. Bulan depan aku akan memiliki ijazah sarjana muda ekonomi perniagaan. Sementara itu aku cadang...