Umpan Pelet Untuk Patin Kolam Paling Padu!!

Share

 

Bahan-bahan:

 

Pelet 920

Strawberi Killer A1

Sos Raya A1

Esen Badam

Esen Pisang

Esen Nenas

Kelapa Parut

 

Cara-Cara Penyediaan:

 

Step 1

Masukkan pelet 920 sebanyak 2 kg ke dalam bekas bancuhan. Masukkan air sehingga tenggelam pelet kesemuanya, biarkan seminit, kemudian toskan kesemua air tersebut.

Step 2

Masukkan Sos Raya A1 sebanyak 6 penutup botol.

 

 

Step 3

Masukkan pula Strawbery Killer sebanyak 6 penutup botol.

 

 

Step 4

Tuangkan esen pisang sebanyak dua penutup botol.

 

 

Step 5

Tuangkan pula esen nanas sebanyak 3 penutup botol.

 

 

Step 6

Seterusnya masukkan pula esen badam sebanyak 2 penutup botol.

 

 

Step 7

Gaul pelet bagi rata dan perap sekurang-kurangnya satu jam sebelum digunakan. Apabila ia agak kering, masukkan kelapa parut secukup rasa (segenggam dua). Umpan ini boleh dimainkan dengan teknik perambut 2 mata kail atau juga atau penggunaan spring.

 

 

Published by
Amang