Masukkan pelet 920 sebanyak 2 kg ke dalam bekas bancuhan. Masukkan air sehingga tenggelam pelet kesemuanya, biarkan seminit, kemudian toskan kesemua air tersebut.
Step 2
Masukkan Sos Raya A1 sebanyak 6 penutup botol.
Step 3
Masukkan pula Strawbery Killer sebanyak 6 penutup botol.
Ads
Step 4
Tuangkan esen pisang sebanyak dua penutup botol.
Step 5
Ads
Tuangkan pula esen nanas sebanyak 3 penutup botol.
Step 6
Seterusnya masukkan pula esen badam sebanyak 2 penutup botol.
Step 7
Gaul pelet bagi rata dan perap sekurang-kurangnya satu jam sebelum digunakan. Apabila ia agak kering, masukkan kelapa parut secukup rasa (segenggam dua). Umpan ini boleh dimainkan dengan teknik perambut 2 mata kail atau juga atau penggunaan spring.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Saya nak try jigging di laut menggunakan metal jig 60g-120g, soalan saya ialah teknik apa yang boleh saya mainkan dan tali berapa pound yang diperlukan? Saya difahamkan lain orang lain cara, dan saya nak mendengar pada pihak tuan. Dan yang saya faham jenis size pound itu untuk jenis ikan yang berlainan.
Satu lagi, jika saya masukkan tali 25lb, reel saya (Gtech SW5000HG) dapat masuk sampai 200 meter saja. Cukup ke untuk jigging di Selat Melaka dan Laut China Selatan.
JAWAPAN:
Jika merujuk kepada berat jig (60g-120g) yang anda ingin gunakan untuk jigging, ia bolehlah dikategorikan dalam teknik light jigging.
Bagi teknik light jigging ini saya lebih gemar menggunakan kekili bersaiz siri 2000 hingga 4000, joran PE 0.5-1.0, 0.8-1.5 atau 1.0 – 2.0 dan tali 15lb hingga 30lb.
Sementara leader pula bergantung kepada lb tali utama. Jika tali utama 15lb-20lb, leader pula 20lb-25lb. Jika tali utama 25lb-30lb, leader pula 30lb.
Dari segi penggayaan jig pula, anda bolehlah mainkannya mengikut spesies sasaran. Sekiranya ingin menjerat spesies demersal atau ikan dasar, jig perlulah digayakan dengan perlahan di kawasan lantai laut.
Sekiranya ingin menyasarkan ikan pelagik yang berada di pertengahan air hingga sub permukaan, jig perlulah digayakan dengan lebih pantas meniru renangan ikan-ikan pelagik (mangsa) di kawasan tersebut.
Kefahaman anda tentang saiz lb tali ditentukan oleh jenis ikan yang berlainan itu adalah tidak tepat.
Pemilihan pound (lb) tali haruslah dipadankan dengan joran dan kekili yang digunakan. Dan merujuk ke kapasiti tali yang diperlukan untuk jigging di Selat Melaka dan Laut China Selatan, tali sepanjang 200 meter itu sudah lebih dari cukup.
Purata kedalaman bagi light jigging sekitar 50 meter sahaja. Dan kekili yang anda gunakan itu boleh memuatkan tali sehingga 400 meter jika menggunakan tali berdiameter lebih kecil.
Sebut sahaja Joran Bagus pastinya ramai yang mengenalinya. Apa tidaknya suatu ketika dahulu, Joran Bagus bolehlah dikatakan antara penganjur pertandingan memancing yang terulung di Malaysia. Dari Utara hinggalah ke Selatan, sebut sahaja, pasti ada pertandingan memancing yang dianjurkan oleh syarikat ini.
Namun, di sebalik gahnya nama Joran Bagus di dalam arena pertandingan memancing Malaysia, mungkin ramai juga yang tidak mengetahui bahawa ia bermula dengan sebuah kedai yang menjual peralatan memancing.
Joran Bagus mula-mula ditubuhkan pada tahun 1996. Bermula sebagai kedai pancing kecil-kecilan, kini Joran Bagus semakin melebarkan sayapnya apabila nama mereka mula dikenali ramai.
Atas sambutan yang begitu menggalakkan, kini Joran Bagus mempunyai 3 buah cawangan iaitu di Kota Tinggi dan Bandar Penawar, Johor dan yang terbaru, di Pekan, Pahang. Waktu perniagaan syarikat ini adalah bermula dari jam 8.30 pagi hingga 8.30 malam dan ia dibuka pada setiap hari.
Di Joran Bagus, semua jenama peralatan memancing ada dijual di sini. Daripada jenama high end sehinggalah ke jenama ekonomi semuanya ada di jual di sini. Ia juga tidak terhad untuk kaki pancing sungai sahaja, bahkan peralatan memancing untuk kaki pancing pantai mahupun laut dalam juga ada dijual di sini.
Kesempatan penulis berada di Kota Tinggi baru-baru ini, sempat juga penulis singgah ke cawangan utama kedai Joran Bagus yang terletak betul-betul di pekan Kota Tinggi. Sempat juga penulis bertemu dengan pemilik syarikat Joran Bagus ini iaitu Encik Azmi Bin Hj Nan atau lebih mesra dikenali dengan panggilan Encik Azmi.
Menurutnya, sejak penubuhan syarikat ini, berbagai-bagai dugaan dan jatuh bangun telah dialami. Namun berbekalkan semangat cekal dan sikap tidak mudah berputus-asa, akhirnya Joran Bagus semakin mendapat tempat di hati kaki pancing Malaysia.
Boleh dilihat, dewasa ini, semakin banyak syarikat pembekal peralatan memancing yang dimonopoli oleh bangsa asing. Namun, En Azmi nekad untuk terus bersaing untuk membuktikan syarikat milik bumiputera juga mampu bersaing dengan nama-nama besar yang lain.
Beliau juga amat berharap agar lebih ramai lagi bumiputera untuk berusaha menceburkan diri menjadi pembekal peralatan memancing di Malaysia. Apa yang penting, mereka haruslah mempunyai kecekalan dan semangat juang yang tinggi selain daripada mempunyai ilmu dan kepakaran di dalam sukan memancing untuk kekal lama.
Mabuk light ini adalah mabuk kategori ringan yang mana akan merasai sakit kepala yang tidak berterusan.
Ia tidak menjejaskan aktiviti memancing dan boleh mengambil makanan atau merokok seperti biasa.
Pada kemuncak rasa mabuk light ini mereka yang merasai akan berehat seketika untuk meredakan sakit kepala.
MABUK SEDERHANA BERAT
Pemancing yang mengalami mabuk sederhana berat ini mula memperlihatkan tanda setelah sesi memancing berlangsung hampir separuh hari.
Mereka biasanya tidak akan mengambil makanan dan akan tidur apabila tahap mabuk berada di kemuncak dan akan berakhir dengan muntah.
Pada tahap ini aktiviti memancing ditamatkan dan menghabiskan masa dengan berehat atau tidur.
MABUK BERAT
Mereka yang berhadapan dengan mabuk tahap berat ini lazimnya hanya sempat memancing untuk tempoh yang amat singkat.
Malah ada yang tidak sempat menyentuh pancing langsung. Masa panjang yang berbaki dihabiskan dengan tidur dan muntah bersilih ganti.
Apa saja bentuk makanan tidak mampu untuk dimakan.
MABUK EKSTRA BERAT
Pemancing yang pada tahap mabuk ekstra ini langsung menyentuh barang pancing. Malah ketika bot gerak menuju ke lokasi memancing sekali pun sudah berwajah hijau.
Lazimnya sejurus saja berhenti, merekalah yang terlebih dahulu muntah sebelum umpan dilabuhkan.
Apa saja aktiviti tidak dapat dilakukan selain muntah sehingga tidak ada yang hendak dimuntahkan lagi. Tahap paling kritikal mereka ini berkemungkinan akan pengsan.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...