25.5 C
Shah Alam
Saturday, 14 December, 2019

Umpan Pelet Peram Paling Trending

5418

 

Pelet merupakan makanan ikan yang terbaik untuk dijadikan umpan. Tanpa perlu dicampur apa-apa bahan sekalipun ia tetap akan dijamah oleh ikan.

Namun mempercepatkan proses palet ini dijamah oleh ikan, ia perlu campur dengan bahan-bahan perisa.

Dan proses terbaik bagi menyatukan padu pelet dan perisa ini ia haruslah diperap atau diperam terlebih dulu.

 

Bahan-Bahan Keperluan

 

  • 1 kg palet 6363 / 920
  • Santan kelapa
  • kelapa parut
  • Perisa Strawberi Original
  • Yis segera

 

Cara-Cara Penyediaan Umpan:

 

Langkah 1

 

Masukkan 1 kg palet 6363 ke dalam bekas bertutup.

 

Langkah 2 

 

Curahkan pati santan atau santan kotak 200 mililiter kemudian goncang agar pati santan mengenai kesemua palet.

 

Langkah 3

 

Taburkan yis segera anggaran 2-3 cubit dan goncang lagi bekas acuan bertutup.

 

Langkah 4

 

Curahkan pes perisa strawberi dalam anggaran 8-10 penutup dan goncang hingga sekata.

 

Langkah 5

 

Taburkan kira-kira segenggam besar kelapa parut dan goncang sekali lagi. Perap adunan ini dalam bekas tertutup kira-kira 1 hingga 3 malam.

 

Cara Penggunaan Umpan:

 

Langkah 1

Basahkan sedikit adunan umpan yang telah diperam apabila ingin menggunakannya.

 

Langkah 2

Taburkan sedikit umpan gam jika perlu bagi mengelakkan biji palet ini berderai apabila dikepal.

 

Langkah 3

Gunakan spring dua mata kail dan cucuk mata kail dengan palet. Satu mata kail lagi dicucuk dengan jajan atau keropok jagung.

 

Langkah 4

Kepalkan palet pada spring dengan menyelitkan mata kail dicucuk jajan di dalam kepalan. Manakala mata kail di cucuk palet di luar kepalan.

 

Langkah 5

Umpan yang sedia digunakan dengan menggunakan teknik batu mati.

baca juga DIY Umpan Dedak Pam (VIDEO)

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara Nu Ideaktiv Sdn Bhd • Dikendali Oleh Astro Group

error: