Umpan Pelet Minyak Mangga

Share

 

Korang kenal buah mangga yang dinamakan kuinin? Cuba bayangkan aroma buah mangga kuinin tu. Memang padu lagi padu dari harum manis. Tapi tau ke korang korang bahawa buah mangga kuinin boleh dijadikan bahan asas umpan memancing patin dengan menjadikannya sebagai bahan aroma dalam minyak?

 

Bahan-bahan:

 

Pallet 920

Minyak kuinin

Perisa pandan

Kelapa parut

Esen limau

Esen nenas

Air

 

Cara-cara penyediaan:

 

Penyediaan 1

Masukkan pelet ke dalam bekas bancuhan umpan, kemudian masukkan air sehingga penuh menutup pelet, biarkan seminit dan toskan kesemua air.

 

Penyediaan 2

Ambil kelapa parut dam masukkan ke dalam bekas bancuhan.

 

Penyediaan 3

Tuangkan sebotol esen limau ke atas kelapa parut.

 

Penyediaan 4

Tuangkan pula sebotol esen nenas ke atas kelapa parut.

 

Penyediaan 5

Masukkan pula pes perisa pandan sebanyak 8 penutup botol.

 

Penyediaan 6

Gaul kesemua bahan sehingga sebati dan kelapa parut bertukar warna sepenuhnya.

 

Penyediaan 7

Tuangkan kesemua pelet tadi ke dalam bekas campuran kelapa parut dan esen.

 

Penyediaan 8

Gaul kesemuanya sehingga menjadi sekata.

 

Penyediaan 9

Tuangkan minyak kuinin sebanyak 12 penutup ke atas pelet. Gaul sekali lagi sehingga kesemua pelet sebati dengan minyak dan kelapa parut.

 

Penyediaan 10

Sebaiknya bahan umpan ini diperap di dalam bekas kedap udara sekurang-kurangnya sehari sebelum digunakan.

Published by
Amang