Di pasaran sekarang sedia terjual pelbagai jenis, rupa dan bau-bauan umpan memancing. Jika anda seorang yang rajin dan kreatif, tambah pulak dalam keadaan inflasi ini, adalah lebih baik anda buat sendiri umpan untuk memancing ikan kolam. Bahan-bahan keperluan pun tak susah nak cari dalam radius 10km yang dbenarkan.
Bahan-bahan keperluan:
1 kotak air kacang soya (1 liter)
4 sudu besar Milo
3 biji telur itik
Ads
1 bekas taufufa kosong (banyak terjual di pasar malam)
1/2 paket yis segera
1 biji kelapa tua (diparut)
Cara-cara pembuatan:
Ads
(Semua bahan-bahan ini boleh dimasukkan ke dalam mesin pengisar tanpa perlu mengikut aturan atau kuantiti. Yang penting kesemua bahan dikisar halus sehingga sama ada dikisar sekaligus ataupun diulang sehingga habis.)
Tempe dipotong kecil kemudian dimasukkan ke dalam bekas pengisar. Kemudian masukkan bahan-bahan lain dan sebaiknya setiap kali mengisar terdapat kesemua bahan.
Ads
Setelah kesemua bahan dikisar sehalus yang mungkin, masukkan sos ke dalam bekas seperti botol sehingga 3/4 penuh.
Sos ini perlu diperam bagi menjalani proses penapaian sekurang-kurangnya 5 hari sebelum boleh digunakan. Dalam proses penapaian ini gas akan terhasil yang boleh menyebabkan letusan berlaku sekiranya ia disimpan di dalam bekas bertutup dan akan melimpah keluar jika kuantitinya terlalu padat di dalam bekas simpanan.
Sos umpan ini amat sesuai digunakan bersama roti. Pada waktu ia digunakan nanti bolehlah ditambah sedikit perisa seperti pandan atau strawberi bergantung selera ikan di mana-mana kolam pancing.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Buah kelapa sawit yang diperam sehingga menjadi lembut dan masam sememangnya menjadi umpan utama untuk memburu raja sungai, ikan kelah. Sebenarnya bukan ikan kelah saja yang menyukai sawit peram ini, ia juga boleh digunakan untuk memancing pelbagai spesies ikan lain. Antaranya ialah ikan lampam, terbul, baung atau tilapia.
Bahan-bahan:
Sawit peram yang sudah dikisar atau diramas hancur
Dedak biji atau palet
Dedak
Umpan gam (tepung gandum)
Air
Tutorial 1
Gaulkan sawit dengan palet yang telah dilembutkan di dalam bekas asing. Palet ini akan digunakan sebagai inti atau untuk dicangkukkan pada mata kail.
Tutorial 2
Masukkan dedak (sebanyak mana yang ingin digunakan) ke dalam tong atau bekas bancuhan.
Tutorial 3
Masukkan pula serbuk umpan gam dengan mengikut kadar kekenyalan bancuhan yang diingini (umpan gam bertujuan untuk meliatkan dedak dan berfungsi seperti tepung gandum). Bancuh dahulu campuran ini.
Tutorial 4
Masukkan 5-8 sudu kelapa sawit peram atau seberapa banyak yang diingini. Ketika melakukan bancuhan anda boleh menambah bahan apa yang dirasakan kurang.
Tutorial 5
Gaul adunan dan campur sedikit dengan air sehingga adunan menjadi seperti doh. Doh adunan yang kenyal (tidak berderai) amat sesuai untuk digentel pada mata kail.
Tutorial 6
Cucuk palet yang digaul dengan sawit peram pada mata kail (perambut 2 mata kail).
Tutorial 7
Ambil doh adunan dedak dan balut pada palet serta mata kail.
Tutorial 8
Dedak sawit peram yang digentel kemas pada mata kail untuk digunakan. Sebaiknya juga kawasan untuk balingan umpan dirasuah dulu dengan dedak ini.
Setiap kolam pancing boleh dikatakan ada umpan rahsia yang jarang didedahkan kepada pemancing. Namun Kolam Pancing Guar Jentik ini bersikap terbuka untuk berkongsi rahsia umpan yang digunakan untuk memikat tongsan di kolam tersebut.
Bahan-Bahan:
500 gm dedak 929
200 gm serbuk roti masam
5 keping roti kering
1 peket serbuk pandan
5 penutup perisa pandan A1
½ botol esen nenas
1 kotak air susu kacang soya
LANGKAH 1
Masukkan 500 gm dedak 929 ke dalam bekas acuan.
LANGKAH 2
Masukkan kesemua serbuk roti masam. Kemudian hancurkan 5 keping roti sandwich yang telah dijemur sehingga kekeringan. Masukkan ke dalam campuran dedak.
LANGKAH 3
Masukkan sebungkus serbuk perisa pandan.
LANGKAH 4
Masukkan setengah botol esen nenas, 5 penutup perisa pandan A1 dan sekotak air susu kacang soya ke dalam adunan dedak. Bancuh dan tambah air jika sekiranya adunan terlalu peroi.
LANGKAH 5
Kepal bancuhan dedak pada spring dan lekatkan gabus pada mata kail. Umpan siap untuk digunakan.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...