Umpan Patin – Umpan Dedak 920C Original ®

Share

 

Beberapa perisa produk Original jika dicampurkan akan menghasilkan satu gabungan bau dan aroma yang memikat.

Selain menggunakan sos campuran perisa ini dengan roti, ia juga berkesan jika digunakan dengan dedak hancur atau dedah separuh hancur seperti dedak 920c.

 

Bahan-Bahan Keperluan

 

  • Dedak 920C
  • Perisa Pandan Kelapa Original
  • Perisa Pisang Original
  • Serbuk Perisa Pandan Original
  • Santan Kotak
  • Kelapa parut
  • Keropok jagung

 

 

Cara-cara penyediaan umpan:

 

Langkah 1

 

Masukkan 1 kilogram dedak 920C ke dalam bekas bancuhan. Kemudian masukkan pula santan kotak 200ml ke atas dedak. Gaul bahan-bahan ini hingga sekata.

 

Langkah 2

 

Masukkan pula 10 penutup perisa pandan kelapa Original. Gaul hingga sekata. Kemudian masukkan pula 5 penutup perisa pisang Original dan gaul hingga sekata.

 

Langkah 3

 

Tambahkan kira-kira setengah botol serbuk perisa pandan Original dan gaulkan.

 

Langkah 4

 

Kemudian ambil kira-kira dua genggam kelapa parut, taburkan ke atas dedak gaul hingga sekata. Akhir sekali renjiskan sedikit demi sedikit air dan gaul sehingga dedak sesuai untuk dikepal. Pastikan ia tidak terlalu peroi atau lembik.

 

Cara Penggunaan Umpan

 

1. Sebaik-baiknya simpan atau perap dalam bekas bertutup untuk tempoh beberapa jam agar ia benar-benar sebati sebelum digunakan untuk memancing.

 

©2. Sediakan perambut Y dua mata kail. Cucukkan keropok jagung pada mata kail. Kepalkan kedua-dua mata kail dengan dedak. Kemudian satukan kedua-dua kepalan kecil itu menjadi satu kepalan besar.

 

 

3. Patin merupakan spesies sasaran utama umpan ini. Namun ia turut boleh digunakan untuk memancing spesies lain.

Published by
Amang