Masukkan 2 liter air kelapa peram di dalam bekas bancuhan umpan bertutup yang bersesuaian (mampu memuatkan 4 kg pelet).
Ads
Masukkan esen Mama Essen Nanas Makassar sebanyak 100 ml. Kemudian masukkan pula almond oil 50 ml dan minyak serai 100 ml. Gaul campuran ini hingga sekata.
Masukkan pelet 920 sebanyak 4 kg dan gaul sehingga pelet dapat meresap campuran bahan tadi.
Akhir sekali masukkan pula kelapa parut dan gaul hingga sekata. Tutup bekas ini peram bahan umpan ini kira-kira 3 hingga 5 hari sebelum digunakan. Bahkan semakin lama diperap semakin bagus hasilnya.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Lain lokasi lain panduan dan kaedah memancingnya walaupun memburu spesies yang sama. Begitu juga dengan situasi padang pancing popular Air Ganda di Gerik, Perak ini. Berikut merupakan serba sedikit panduan & tip untuk korang yang kali pertama ke Air Ganda.
Khidmat memancing di sini berkonsepkan pakej casting harian. Jika kaki pancing mahukan memancing ekstra, perlulah menginap di hotel di pekan Gerik sebelum keesokan harinya datang semula ke Air Ganda.
Selain casting menggunakan umpan tiruan atau gewang, Air Ganda juga menjadi kegemaran kaki fly fishing untuk bergasak dengan toman. Malah jika korang berhasrat untuk memancing toman dengan menggunakan umpan keli pun bukanlah satu kesalahan.
Korang juga boleh membawa bot sendiri sini, tetapi tidak ramai yang berani membawanya, lantaran landskap Air Ganda yang berliku-liku yang mampu menyesatkan. Jadi, gunakan saja khidmat guide yang ditawarkan.
Pada awal pagi gunakanlah gewang jenis permukaan atau top water kerana toman lebih tertarik dengannya. Selain itu pada ketika inilah korang berpeluang melihat sambaran-sambaran rakus gewang di depan mata.
Peluang untuk mendapatkan strike toman amat tinggi sekiranya gewang dilontar sehampir mungkin di hadapan atau sisinya. Lontaran di bahagian belakang (bahagian ekor) agak sukar mendapat sambaran.
Alat penyelamat gewang atau lure retriever jangan sesekali terlupa bawa jika ke sini. Lebih-lebih lagi jika menggunakan gewang selam dalam atau kes tersangkut.
Populasi toman Air Ganda sentiasa membiak ekoran faktor makanan (ikan loma) yang banyak selain faktor dipenuhi bangkar-bangkar kayu dan tiada musuh.
Makanan tengah hari perlu dibeli siap-siap dari luar atau bagi yang rajin memasak bolehlah membawa kelengkapan ringkas.
Bekalan air terutama air mineral juga perlu cukup kerana casting seharian memerlukan tenaga dan air yang banyak. Dan tentu saja jangan dilupakan jaket keselamatan.
Pengunaan gewang atau teknik menunda, casting atau balingan gewang adalah lebih efektif pada siang hari selain menghanyut umpan hidup. Menunda selain dari ikan tenggiri, alu-alu disifatkan mangsa yang paling kerap diperoleh.
Walaupun ia dianggap kurang aktif waktu siang, namun ada gangguan dari mangsa ia pasti agresif mengejar dan menyerang mangsa atas alasan untuk membunuh. Sekiranya mata tiga gewang ia pasti mudah tersangkut dan terpedaya.
Jika umpan hidup dihanyutkan pada siang hari, ada juga kes di mana umpan di serang secara tiba-tiba dengan mengigit, melarikan buat seketika dan melepaskan kembali
mangsa tadi apabila ia tidak bernyawa lagi. Ramai pemancing menyangka ia rabut sebelum rembatan dibuat.
Seperti yang diterangkan sifat pemburu sisik perak ini, waktu malam adalah paling mudah seronok dan kadang-kala naik jemu jadinya.
Ia akan menyambar umpan tidak kira hirisan ikan mati, sotong, udang atau umpan hidup ketika dilabuhkan ke dasar.
Setengahnya baru setengah meter dari permukaan ia sudah menrembat umpan jatuh. Jika diperhatikan saiz mangsa, ia banyak yang sebaya usia dan perbezaan saiz ini ditentukan oleh peringkat kedalaman air.
Saya pernah melihat si kecil di atas, kemudian disusuli yang besar sedikit dan akhir sekali yang lebih basar di bawah bak kata orang mata sebesar penumbuk.
Perambut Dan Umpan
Jika berlaku kes perambut dan tali utama putus tiba-tiba, tiada kesan tarikan atau ragutan ikan, usah tunggu lagi.
Perambut tangsi perlu ditukar dengan jenis dawai. Andaikan kawasan tersebut tiada buntal.
Ada dua jenis perambut dawai yang biasa terdapat di pasaran iaitu jenis jalinan dawai atau sulaman dawai bersalut plastik lembut dan jenis tunggal atau mono keluli tahan karat.
Panjang 1 hingga 2 kaki untuk jalinan dawai atau sejengkal untuk jenis mono. Ada satu lagi jenis dawai bersalut plastik lembut yang sudah sedia diikat dengan kili (biasanya berwarna hitam) dijual di pasaran.
Jenis ini juga tidak menjadi masalah. Tapi jika ingin mengendap tenggiri pada masa yang sama, jauhkan dari dawai berwarna gelap.
Mengunakan perambut jenis jalinan dawai bersalut plastik mudah bersimpul dan cepat mengerutu selepas memperoleh ikan.
Paling baik tukar atau potong bahagian menggerutu tersebut kerana ia sukar untuk dibentuk semula.
Atas sebab ini saya labih gemar mengunakan dawai jenis mono (biasanya panjang sejengkal lebih sedikit) dan senang dibentuk semula saelepas dapat ikan.
Hasilnya persembahan umpan lebih cantik membuatkan ikan pemangsa geram. Kekuatan perambut disyorkan dari 20Ib hingga 50Ib.
Umpan tidak menjadi banyak masalah memburu alu-alu. Apa saja ikan, sotong, udang mati boleh digunakan. Atau umpan hidup pilihan saya seperti anak tongkol, kembung, anak seer (panjang 6 inci), anak ikan bersisik seperti kunyit atau gelama.
Mata ikut saiz ikan dan umpan sama ada satu, dua atau tiga serangkai.
Jika diperhatikan hasil memancing di dasar lebih kecil berbanding di permukaan. Sebab itu ramai yang memilih teknik memancing hanyut (drifting) tanpa pemberat atau mengunakan belon. Ini sesuai untuk umpan hidup yang segar dan keadaan air yang berarus.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...