Roti manis atau ban manis merupakan antara diet atau bahan makanan yang digemari oleh ikan-ikan di kolam pancing komersial.
Untuk meningkatkan masa ikan memakan roti ini perlunya ada umpan yang sesuai.
Bahan-bahan keperluan:
Perisa strawberi nangka Original
Perisa pisang Original
Perisa durian Original
Roti ban manis
Cara penyediaan Umpan:
1. Kupas atau buang lapisan atas roti ban manis. Belah roti ban manis menjadi dua bahagian.
Bahagian atas dipotong dadu sebagai bahan inti manakala bahagian bawah pula dipotong dadu lebih kecil untuk dijadikan bahan kepal menutup inti.
2. Sediakan satu bekas atau botol plastik kosong. Masukkan 100 gram (10 penutup botol) perisa strawberi nangka Original, 30 gram (3 penutup botol) perisa durian Original, dan 10 gram (1 penutup botol) perisa pisang Original.
Goncang sehingga campuran perisa ini sebati dengan baik.
3. Tuangkan sedikit campuran perisa ke dalam beg plastik kosong. Masukkan roti dadu bahagian kepal dan kembungkan plastik dan goncang supaya roti dan umpan dapat diseratakan dengan sebati.
Kemudian ulang cara yang sama untuk gaulkan roti dadu bahagian umpan pula.
Cara menggunakan umpan:
1. Gunakan perambut Y dua mata kail tali sulam atau tangsi. Cucuk kedua-dua mata kail dengan beberapa roti dadu yang bersalut umpan perisa campuran (inti).
Gabungkan kedua-dua mata kail tersebut (atau salah satu daripadanya) dan kepal dengan roti dadu (kepal) sehingga menjadi seperti bebola.
Sebaiknya biarlah kepalan itu tidak terlalu longgar atau terlalu padat.