Kadang-kadang tu macam tak percaya tapi itulah kenyataannya. Dengan menggunakan bahan-bahan utama seperti yogurt dan minuman tenaga Redbull, anda boleh menghasilkan umpan yang berpotensi untuk mendaratkan ikan seperti patin dan lain-lain lagi.
Jom tengok bagaimana cara menyediakan umpan ini.
Bahan-bahan keperluan:
Yogurt segar 370gm
1 tin Redbull
Pes strawberi Original
1 pek NS Power strawberi
Ads
Yis segera
Cara penyediaan umpan:
Step 1
Ads
Campurkan 1 pek yogurt, setengah atau 3/4 tin Redbull, 5 penutup pes strawberi, 1 pek NS power stawberi dan suku pek yis segera ke dalam bekas pengisar.
Kemudian, kisar bahan-bahan tersebut sehingga larut dan sebati.
Step 2
Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar (umpan) ke dalam bekas atau botol kedap udara separas 3/4 penuh sahaja. Umpan ini akan menapai dan menghasilkan gas.
Ads
Biarkan (peram) umpan ini selama sekurang-kurangnya satu malam sebelum ia digunakan.
Cara menggunakannya:
Umpan ini sesuai digunakan dengan roti dadu dan juga palet (dedak biji). Tuangkan umpan secukupnya sahaja ke atas roti dadu di dalam bekas bancuhan dan pastikan setiap roti dadu sebati dengan umpan.
Sebaiknya perap seketika sebelum umpan ini dijadikan umpan untuk memancing patin atau lain-lain spesies yang ada di dalam kolam.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Siput dan ketam merupakan antara umpan alternatif bagi kaki pancing ketika memancing. Ketika berkunjung ke sebuah spot memancing, penulis sempat menimba sedikit ilmu berkaitan umpan spesies gabungan siput dan ketam iaitu umang-umang.
Pemancing di sini gemar menghabiskan waktu petang dengan memancing di kawasan berbatu. Antara umpan popular ialah umang-umang yang menjadi cengkerang siput sebagai perumah.
Ikan kitang antara spesies ikan yang dinaikkan hasil umpan ini. Umpan ini sesuai untuk memancing ikan di kawasan berbatu seperti kerapu, kitang, gelama, sembilang, duri atau ketuka.
Cara-Cara Menyediakan Umpan
Tutorial 1
Cara menggunakan umang-umang ini dengan memecahkan cengkerang.
Tutorial 2
Ini rupa umang-umang apabila cengkerang yang menjadi rumahnya dipecahkan.
Tutorial 3
Umang-umang mempunyai sepit seakan ketam dan kaki seakan labah-labah.
Tutorial 4
Keluarkan badannya perlahan-lahan agar bahagian atas badannya tidak rosak.
Tutorial 5
Cangkukkan pada mata kail daripada bahagian atas badannya yang lembut agar kaki dan sepit bergerak-gerak ketika di dalam air untuk menarik perhatian ikan.
Dalam pancingan ikan tongkol ini, mengolok tongkol adalah perbuatan menunda umpan (apolo) bagi menjerat ikan tongkol.
Mata apolo berangkai biasanya 20-100 mata dilabuhkan di belakang bot yang sedang bergerak merentasi kawasan yang dikenal pasti adanya tongkol. Saiz mata yang digunakan sekitar pada saiz 10-15. Anak perambut disyorkan 40-60lb setiap satu diikat pada ibu perambut 100-200Ib. Tali perambut 300lb untuk tali utama.
Jika lebih dari 20 ekor tongkol menyambar dalam satu-satu masa, 2 hingga 3 orang diperlukan untuk menarik kumpulan tongkol yang tersangkut pada mata apolo tersebut.
Selain itu apolo yang dijual (maksimum 6 mata) boleh digunakan dengan syarat perambut tersebut mestilah melebihi 30lb. Warna bulu yang digunakan untuk membuat apolo tongkol biasanya warna putih (warna bilis) dan sekarang ini warna putih, kuning dan merah turut digunakan.
Awak-awak akan menurunkan set ngolok sepanjang 15-18 meter ini tatkala bot akan menghampiri kawasan unjam. Setelah mendapat isyarat daripada tekong perambut ngolok ini dilepaskan di belakang bot sama ada di sebelah kanan atau kiri bot dan kadang-kala mereka mengolok di kedua-dua sisi bot.
Ikan-ikan tongkol yang menggelepar di lantai bot dikumpulkan dan dimasukkan ke dalam raga. Apabila raga penuh, ikan dicurahkan ke dalam tong ais sebagai bekalan umpan sepanjang sesi memancing. Isi ikan tongkol mengandungi banyak darah dan kuat baunya antara penyebab kenapa ia begitu cepat ‘memanggil’ penghuni dasaran.
Jika tidak untuk mencari umpan bagi sesi memancing, teknik ngolok ini turut dilakukan oleh nelayan bagi menangkap ikan tongkol.
Tahniah kerana berani dan tidak malu untuk bertanya. Ia adalah satu pembelajaran yang bagus untuk anda menaikkan ilmu dalam arena memancing ini.
Situasi yang anda alami sebenarnya dialami oleh ramai pemancing. Dan saya memahaminya dengan amat jelas situasi tersebut.
Dalam pancingan haruan terutamanya mengilat atau casting menggunakan umpan hidup (katak) dan gewang, situasi di mana haruan menyambar umpan ketika ia sudah hampir tiba ke pemancing adalah sesuatu yang lumrah.
Dalam soal ini, sedikit kesulitan sekiranya menggunakan umpan katak berbanding gewang. Jika menggunakan gewang, sentapan atau strike boleh dilakukan secara terus. Sebaliknya jika menggunakan umpan katak, kejadian rabut atau tidak lekat sering berlaku.
Bagi mengatasi masalah ini, sebaiknya dibiarkan beberapa saat sebelum melakukan sentapan. Caranya ialah dengan memberi tali terlebih dahulu.
Bila mendapati ada pergerakan tali keluar dari kekili barulah melakukan sentapan. Dan bagi mengelakkan kejadian rabut dan mata kail terpelanting ke arah pemancing maka lakukan sentapan ke arah sisi badan.
Jika mata kail terpelanting sekalipun ia tidak akan mengenai mana-mana anggota badan pemancing.
Sebaiknya amalkan teknik strike ke arah sisi badan dalam apa juga keadaan sekali pun kerana ia adalah lebih selamat.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...