➡ Masukkan pelet ke dalam bekas bancuhan yang sesuai.
Ads
➡ Masukkan separuh kotak air soya perisa jagung ke dalam pelet (gaul sehingga pelet menyerap sepenuhnya air soya tersebut).
➡ Masukkan kesemua bahan (kecuali kelapa parut) termasuk baki air soya ke dalam pelet dan gaul hingga sekata dan sebati.
➡ Setelah itu masukkan pula kelapa parut dan gaul lagi sekali sehingga sekata.
➡ Masukkan pelet ke dalam bekas kedap udara atau plastik yang diikat kejap dan peram selama 3 hari sebelum digunakan di mana-mana kolam pancing air tawar.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Dedak (apa saja jenis dedak termasuklah dedak ayam)
Pelet
Serbuk pes belangkas Ulong
Air
Mata bom
Langkah 1
Masukkan apa saja jenis dedak (1kg) ke dalam kekas bancuhan umpan.
Langkah 2
Masukkan pula satu bungkus serbuk pes belangkas.
Langkah 3
Gaul dedak dan serbuk belangkas sehingga sekata.
Langkah 4
Masukkan air (air sungai atau kolam) sedikit demi sedikit sehingga bancuhan sesuai dikepal. Jika sungai yang berarus, sebaiknya bancuhan sedikit liat dan tidak mudah peroi.
Langkah 5
Ambil mata bom dan cucuk 1 atau 2 biji pelet yang telah dilembutkan dengan air dan digaul dengan serbuk pes belangkas.
Langkah 6
Kepal bancuhan dedak pada spring yang ada pada set mata bom atau mata rambai.
Langkah 7
Umpan yang siap untuk digunakan. Sekiranya arus agak laju, gunakan batu ladung yang sesuai agar umpan ini tidak hanyut.
➡ Mengendalikan ikan bukan bermakna tindakan selepas mendaratkan ikan, tetapi juga tatkala ikan berada di hujung tali pancing.
Jangan terlalu gelabah atau tergopoh-gapah ketika melayan tarikan ikan. Sebaiknya amalkan konsep hulur dan tarik dengan tenang untuk mengelakkan berlakunya sebarang perkara tak diingini.
Malah, ketika inilah sebenarnya kemuncak kenikmatan memancing.
➡ Gunalah gancu, sauk atau lip grip untuk mendaratkan hasil tangkapan. Elakkan dari mendaratkannya dengan menggunakan kekuatan joran dan tali pancing kecuali ikan terlalu kecil.
Dan jangan terlalu berani menaikkan ikan menggunakan tangan kerana rontaan ikan mampu membawa kecederaan kepada pemancing sama ada menerusi ikan tersebut mahupun gewang yang berada pada mulut ikan.
➡ Pastikan anda menanggalkan mata dari mulut ikan menggunakan playar atau alatan lain yang sesuai.
Elakkan menggunakan tangan untuk mencabut mata kail! Apatah lagi jika gewang tersebut menggunakan mata tiga. Sebaiknya peganglah ikan dengan kemas bagi mengelaknya dari meronta.
➡ Pastikan ikan yang bersengat sudah dipotong sengatnya terlebih dahulu sebelum sama ada sebelum menanggalkan gewang atau sebelum disimpan di dalam bekas simpanan ikan.
Sengat yang sudah dipotong haruslah ditanam atau dicampak semula ke dalam air bagi mengelakkan anda terpijak atau terduduk ke atasnya.
➡ Sekiranya ikan yang diperoleh bukanlah ikan sasaran atau tidak bercadang untuk dibawa pulang maka lepaskanlah ikan tersebut dengan selayaknya.
Berilah ruang kepada ikan untuk pulih dengan sebaiknya sebelum dilepaskan. Jangan sesekali dicampak seperti membuang sampah.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...