Tak perlu durian musang king, sultan, atau udang merah… memadai durian kampung biasa (lagi bagus jika buah yang kuat baunya).
Hanya beberapa ulas sahaja yang diperlukan, ia sudah boleh digunakan untuk menghasilkan umpan bagi pancingan ikan air tawar khususntya di kolam pancing komersial.
Bahan-bahan keperluan
2-3 Ulas durian
Yogurt biasa
1 Kotak Santan kelapa kotak
Perisa Strawberi Original
Ibu roti segera / Yis
Cara penyediaan umpan
Langkah 1
Masukkan 200 ml santan kelapa ke dalam botol atau bekas bancuhan.
Langkah 2
Kemudian masukkan kira-kira 3 sudu besar yogurt.
Langkah 3
Masukkan pula isi durian dan bancuh bahan-bahan campuran hingga sekata.
Langkah 4
Masukkan pula 3 sudu besar (atau 2 penutup botol) perisa strawberi original.
Langkah 5
Akhir sekali masukkan sedikit ibu roti segera. Perap seketika (satu jam) umpan ini sebelum digunakan.
Cara penggunaan umpan
LANGKAH 1
Potong dadu satu bungkus roti sandwic ke dalam bekas bancuhan umpan. Curahkan sos umpan sedikit demi sedikit ke atas roti dan goncang hingga sekata.
LANGKAH 2
Cucuk 5 ketul roti dadu pada kedua-dua mata kail kemudian kepal roti dadu pada keduanya atau salah satu daripadanya.