Tempe yang diperbuat daripada kacang soya merupakan makanan yang berkhasiat untuk manusia dan juga ikan.
Kekacang yang mengandungi protein ini jika diolah dan dicampur dengan beberapa bahan lainnya, ia mampu menjadi umpan yang sangat berkesan untuk memikat ikan.
Bahan-Bahan:
Tempe
Telur
Santan
Pes strawberi
Yis segera
Roti dadu
Cara Menyediakan Umpan:
Langkah 1
Potong kecil-kecil 2 bungkusan tempe ke dalam bekas pengisar.
Langkah 2
Pecahkan dan masukkan pula 2 biji telur ayam.
Ads
Langkah 3
Seterusnya masukkan santan segar atau santan kotak dalam anggaran 300gm atau lebih
Langkah 4
Masukkan kira-kira setengah sudu teh yis segera.
Langkah 5
Ads
Tambahkan pes strawberi anggaran 3 hingga 5 penutup.
Langkah 6
Kisar bahan tersebut sehingga lumat dan tuangkan ia ke dalam bekas simpanan.
Langkah 7
Sebaiknya umpan ini diperap dalam keadaan separuh penuh bagi mengelakkan ia meletup ketika proses pemerapan
Ads
Langkah 8
Setelah diperap selama 36 jam, umpan akan berubah warna da ia sudah boleh digunakan (tambah perisa pes strawberi jika perlu)
Langkah 9
Titiskan umpan ini ke atas roti dadu untuk dijadikan umpan
Langkah 10
Kepal roti dadu tersebut pada perambut dan mata kail yang akan digunakan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Tak perlu durian musang king, sultan, atau udang merah… memadai durian kampung biasa (lagi bagus jika buah yang kuat baunya).
Hanya beberapa ulas sahaja yang diperlukan, ia sudah boleh digunakan untuk menghasilkan umpan bagi pancingan ikan air tawar khususntya di kolam pancing komersial.
Bahan-bahan keperluan
2-3 Ulas durian
Yogurt biasa
1 Kotak Santan kelapa kotak
Perisa Strawberi Original
Ibu roti segera / Yis
Cara penyediaan umpan
Langkah 1
Masukkan 200 ml santan kelapa ke dalam botol atau bekas bancuhan.
Langkah 2
Kemudian masukkan kira-kira 3 sudu besar yogurt.
Langkah 3
Masukkan pula isi durian dan bancuh bahan-bahan campuran hingga sekata.
Langkah 4
Masukkan pula 3 sudu besar (atau 2 penutup botol) perisa strawberi original.
Langkah 5
Akhir sekali masukkan sedikit ibu roti segera. Perap seketika (satu jam) umpan ini sebelum digunakan.
Cara penggunaan umpan
LANGKAH 1
Potong dadu satu bungkus roti sandwic ke dalam bekas bancuhan umpan. Curahkan sos umpan sedikit demi sedikit ke atas roti dan goncang hingga sekata.
LANGKAH 2
Cucuk 5 ketul roti dadu pada kedua-dua mata kail kemudian kepal roti dadu pada keduanya atau salah satu daripadanya.
Suatu ketika dulu setiap kaki casting memiliki sekurang-kurangnya seketul jump frog di dalam kotak gewang. Lama kelamaan soft frog mengambil alih kepopularan jump frog. Maka tidak ramai pengusaha pembuatan sendiri jump frog.
Namun belum terlambat untuk korang buat sendiri. Harus diingat ikan bukannya memilih gewang mana yang lebih popular untuk disambar.
Bahan keperluan:
Kayu nangka atau apa saja kayu yang mampu mengapung dengan baik.
Dawai
Mata kail dua mata
Epoxy tahan lasak untuk metal
Solder dan timah
Kertas pasir
Janggut getah
Cat spray
Cara Menghasilkannya:
Cara 1
Potong kayu nangka dengan gergaji mengikut saiz jump frog yang dikehendaki dan raut bentuknya dengan menggunakan pisau.
Cara2
Setelah diraut bentuk gewang dikehendaki, gosok keseluruhan permukaan kayu dengan kertas pasir.
Cara3
Sebaiknya gunakan kertas pasir yang lebih kasar dan digosok dengan menggunakan air sabun. Menggosok kayu yang dibasahi air sabun lebih mudah berbanding kayu yang kering.
Cara 4
Gunakan gergaji untuk membelah dan membentuk lurah (kedalamannya separuh daripada gewang) di mana lurah ini akan dimasukkan dawai.
Cara 5
Pandangan dari arah atas sebagai panduan kedalaman lurah.
Cara 6
Potong dawai keras dua kali panjang dari saiz gewang kemudian lipat dengan menghasilkan lingkaran pada kedua-dua bahagian ujungnya.
Cara 7
Masukkan dawai ke dalam lurah dan tutup sepenuhnya dengan gam epoxy.
Cara 8
Pastikan gam atau epoxy betul-betul kering dan mengeras kemudian barulah digosok hingga licin.
Cara 9
Gewang sudah digosok dengan licin.
Cara 10
Buatkan satu lubang kecil di bahagian bawah perut gewang untuk diletakkan pemberat.
Cara 11
Panaskan solder kemudian titiskan timah yang cair ke dalam lubang tersebut.
Cara 12
Letakkan mata kail pada gewang kemudian uji tahap kestabilannya di air. Sekiranya kepala gewang mendongak ke atas bermakna pemberat sudah mencukupi.
Cara 13
Setelah memperoleh kestabilan yang dikehendaki, Cara seterusnya adalah untuk menutup lubang timah tersebut.
Cara 14
Dengan menggunakan gam atau epoxy yang sama tutupi lubang tersebut.
Cara 15
Pastikan gam sudah kering kemudian barulah ia digosok dengan kertas pasir sehingga licin.
Cara 16
Cara seterusnya adalah untuk mewarna atau mengecat gewang.
Cara 17
Tentukan dahulu bagaimana anda ingin mengecat gewang tersebut.
Cara 18
Gewang yang telah siap diwarnakan.
Cara 19
Setelah cat kering, lapisi pula dengan cat warna jernih atau clear.
Cara 20
Cara seterusnya adalah memasang getah janggut dan mata kail pada gewang dan selepas itu sudah boleh digunakan.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...