Torchlight atau lampu suluh wajib ada! Tak kiralah apa jenis lampu suluh sekalipun ia adalah keperluan kedua terpenting selepas peralatan memancing. Kalau bawak lampu suluh tak bawa peralatan memancing itu dah kira tujuan lain.
Dalam pada masa yang sama, seboleh-bolehnya kurangkan penggunaan lampu suluh terutamanya tabiat gemar menyuluh ke arah air. Cahaya dari lampu suluh boleh menyebabkan ikan menjauhi kawasan pancingan kita.
Ubat Penghalau Serangga
Insect repellent atau ubat penghalau serangga juga perlu ada demi untuk keselesaan kecuali sudah kebal dengan gigitan nyamuk dan agas serta serangga-serangga hutan.
Pakaian Sesuai
Nak pakai pakaian macam pergi pejabat pun boleh asalkan jangan berwarna hitam. Pakaian serba hitam memang bagus bagi penyamaran kerana ikan tidak nampak kehadiran kita tetapi tidak bagi nyamuk.
Pancing Berkumpulan
Sebaik-baiknya memancinglah secara berkumpulan. Walaupun cuma di sungai belakang rumah atau tepi lombong, ia dapat membantu jika berlaku apa-apa insiden yang tidak diingini.
Unggun Api
Sebaiknya juga buatkan unggun api bagi menjauhkan binatang-binatang buas dan berbisa menghampiri kawasan pancingan kita (kalau di daratan la, jangan buat unggun api di dalam sampan!)
Risiko Kecederaan
Kenali terlebih dahulu spesis tangkapan yang berjaya didaratkan sebelum mengendalikannya bagi mengeluarkan mata kail agar tidak terpegang ikan sembilang sama seperti memegang ikan gelama.
Jangan terlalu gelabah atau tergopoh-gapah ketika melayan tarikan ikan. Lebih baik jika mengamalkan sesi tarik-menarik dengan tenang untuk mengelakkan berlakunya sebarang perkara tak diingini. Banyak kejadian tidak diingini boleh berlaku ketika sesi melayan ikan.
Guna gancu, sauk atau lip grip untuk menaikkan ikan. Jangan terlalu berani menaikkan ikan menggunakan tangan kerana rontaan ikan mampu membawa kecederaan kepada kaki pancing. Apatah lagi jika yang sedang didaratkan masih dalam keadaan bertenaga atau spesies bergigi tajam.
Buka mata kail dari mulut ikan menggunakan playar atau alatan lain yang sesuai. Elakkan menggunakan tangan untuk mencabut mata kail! Tak perlu nak tunjuk korang handal dalam perkara yang tidak perlu seperti ini.
Pastikan ikan yang bersengat sudah dipotong sengatnya terlebih dahulu. Sengat yang sudah dipotong haruslah ditanam atau dicampak semula ke dalam air bagi mengelakkan anda terpijak atau terduduk ke atasnya.
Pakai kasut yang sesuai ketika memancing. Jangan terpengaruh dengan gaya atau fesyen. Biar nampak macam tak bergaya langsung asalkan keselamatan diutamakan.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...