Umpan Pati Minyak Sawit

Share

Umpan pati minyak sawit atau umpan tepung merupakan umpan yang cukup mudah untuk disediakan dan kos penyediaannya juga rendah. Maka tidak hairanlah ramai pemancing kolam air tawar terutamanya di Negeri Sembilan ramai menyukai dan pandai menyediakan umpan ini.

 

Bahan-Bahan Keperluan:

 

  • Pati minyak sawit
  • Pes perisa pandan
  • Tepung gandum

 

Cara-Cara Penyediaan:

 

Langkah 1

Masukkan setengah botol pati minyak sawit (anggaran 200 ml) atau mengikut sukatan anda sendiri ke dalam bekas bancuhan.

 

Langkah 2

Masukkan kira-kira dua penutup botol pes perisa pandan.

 

Langkah 3

Bancuh campuran pati minyak sawit dan pes perisa pandan ini sehingga benar-benar sekata.

 

Langkah 4

Masukkan sedikit demi sedikit tepung gandum.

 

Langkah 5

Bancuh adunan sehingga menjadi doh yang sesuai. Tambah lagi tepung ganduam jika adunan masih terlalu lembik.

 

Cara Menggunakan Umpan:

 

Langkah 1

Cucukkan keropok jagung pada kedua-dua mata kail (teknik perambut dua mata kail).

 

Langkah 2

Kepalkan adunan umpan pada mata kail yang dicucuk keropok dengan kemas dan sesuai untuk dilontarkan ke kolam.

Published by
Amang