MerongFeatherbackGathering adalah satu acara tahunan memburu belida menggantikan FunBattleBelidaVol3 di Kubang Sepat pada 2/2/2019 lalu.
Nama event tahun ini terpaksa ditukar dalam masa terdekat disebabkan keadaan air sungai tidak stabil untuk event dalam tempoh masa yang lama.
Jadi kami dari pihak MerongFishingCommunity terpaksa melakukan mesyuarat tergempar untuk melakukan acara tahunan kami dalam tempoh masa berbaki dua minggu sahaja.
Dalam tempoh yang singkat kami pasti tidak dapat nak melangsungkan event FunBattleBelidaVol3. Oleh yang demikian kami sebulat suara menjadikan event kali ini
lebih kepada ‘komplot besar memburu spesis belida’ dan nama ditukar kepada ‘MerongFeatherbackGathering’.
Walaubagaimana pun ia kekal misi yang sama iaitu memburu spesies belida dengan kaedah teknik mengilat atau casting menggunakan umpan tiruan.
Cuma uniknya tahun ini ikan yang hidup akan dibawa ke Tasik Tengku Sarina di Jitra bagi proses konservasi dan dijadikan satu spot baru untuk memburu belida.
Meskipun dalam tempoh singkat, kami berjaya menerima 132 penyertaan yang rata-ratanya dari Utara tanah air seperti Perlis, Perak, Pulau Pinang dan dari Kedah sendiri.
Yuran penyertaan hanya RM10 dan sarapan serta minuman pagi disediakan oleh pihak penganjur.
Jadual event:
7.15 am – 8.00 am: Pendaftaran
8.00 am – 8.10 am: Taklimat
8.10 am – 1.00 pm: Pertandingan
1.00 pm – 1.40 pm: Penyampaian hadiah dan cabutan bertuah
Keputusan event:
Hanya 18 orang sahaja yang bertuah mendaratkan ikan pada hari tersebut dan jumlah ikan kesemuanya 25 ekor.
Pemenang:
Kategori: KingFeatherback (Ikan terbesar)
Mohammad Hafiz
Saiz 2.145 kg
Kategori: MeatHunter (score terbanyak)
Mohd Zuhairi
4 ekor belida
Kategori: LuckysmallestFish (Terkecil)
Ammar Safwan
Saiz 225g
Kategori: RareOfFeatherback (Bintik terbanyak)
Ku Mohd Saifuddin
16 Bintik
Penghargaan
Tidak dilupakan ribuan terima kasih kami ucapkan kepada kepada individu dan pihak penaja yang sudi menaja hadiah buat peserta pada tahun ini.
IkanzClothing, Boytep, KanicenNix, Epolcraft, ZulsCraft, PuruTackle, MalFishingRunner, DouxCraft, AtokLure, MalayaFishingAddicts dan jenama dari seberang RelixNusantara.
Terima kasih juga kepada YB Azhar Ibrahim (Cikgu Art), Dun Ayer Hitam yang turut hadir dan memberikan sumbangan hamper kepada peserta.
Pes perisa merupakan salah satu bahan utama terpenting masa kini bagi menyediakan umpan memancing di kolam komersial air tawar khususnya untuk memancing ikan patin. Pes perisa Original contohnya, merupakan pes serba guna yang boleh dicampur dengan pelbagai umpan asas lainnya.
Malah, untuk tarikan yang lebih, ia boleh dimasak dengan bahan lain untuk membangkitkan aroma dan mampu digunakan untuk tempoh yang lebih lama.
Bahan keperluan:
Perisa strawberi nangka Original
Perisa pisang Original
Minuman berkarbonat perisa epal
Roti sandwich
Cara penyediaan sos umpan:
Tutorial 1
Masukkan 150 ml Original perisa strawberi nangka ke dalam periuk.
Tutorial 2
Tambahkan kira-kira 50 ml Original perisa pisang dan kacau campuran ini hingga sekata.
Tutorial 3
Campurkan pula kira-kira 50 ml minuman berkarbonat perisa epal.
Tutorial 4
Kacau kesemua bahan di atas api sederhana sehingga mendidih. Setelah sejuk, masukkan ke dalam bekas atau botol simpanan.
Cara menggunakan sos umpan:
Sos ini boleh digunakan bersama roti sandwic, roti kentang, roti bun, palet atau juga dedak.
Cara penggunaan sama sahaja dengan cara penggunaan jika menggunakan sos atau perisa lainnya.
Lazimnya sos atau umpan ini digunakan untuk memikat spesies patin namun ikan rohu dan tongsan turut sama menggemari aromanya.
Ikan spesies demersal adalah ikan yang habitatnya (makan dan hidup) di dasar laut. Ia berlawan dengan sifat ikan pelagik. Terdapat pelbagai spesies ikan demersal namun dalam sukan memancing jigging perlahan yang berkonsepkan pancingan ikan dasar, terdapat beberapa spesies demersal yang menjadi sasaran utama atau target species para pengamal teknik pancingan yang berkiblatkan negara Jepun ini.
JENAHAK
Nama saintifik: Lutjanus Johnil
Nama Inggeris: Golden Snaper, John’s Snapper
Nama Tempatan: Jenahak, jenak, ungah
Nama Hokkien: Ang Zho
Ikan yang tergolong dalam keluarga Lutjanidae ini merupakan spesies yang paling popular dalam 60 genus lutjanus yang memakai nama jenahak. Ikan jenahak boleh hidup sihat dan berenang bebas di kawasan laut beriklim tropika dan sub-tropika.
Ia mampu membesar sehingga satu meter panjang dan seberat 13 kilogram. Ia mudah dikenali dengan tompok hitam bulat di bahagian belakang badannya. Dalam disiplin jigging perlahan, ia merupakan ‘ikan sisik’ yang berada di ranking paling atas dalam spesies buruan utama.
Bahkan dalam sesuatu trip jigging perlahan, trip berkenaan boleh dianggap gagal atau kumpau jika gagal mendaratkan jenahak.
KERAPU
Nama saintifik: Epinephelus malabaricus
Nama Inggeris: Malabar Grouper
Nama tempatan: Kerapu, boron, tong gas
Nama Hokkien: Koay Gau
Kerapu atau boron ini mampu survival dalam pelbagai habitat. Ia mampu hidup di kawasan terumbu karang, terumbu berbatu, muara, kawasan paya bakau serta lautan hingga kedalaman 150 meter. Boron atau turut digelar ‘tong gas’ merupakan hidupan laut yang lasak. Dengan kepala coklat dan badan panjang.
Badannya dilitupi bintik hitam kecoklatan yang meningkat jumlahnya seiring usia. Ia mampu membesar sehingga 120 cm dan 150 kilogram berat. Dalam disiplin jigging perlahan, ia menjadi spesies buruan utama dari aspek saiz dan daya juangnya yang padu. Walaupun daya juangnya cuma seketika namun aksinya selepas membaham jig itulah yang dirindukan.
KAKAP MERAH
Nama saintifik: Lutjanus argentimaculatus
Nama Inggeris: Mangrove jack
Nama tempatan: Kakap merah, siakap merah, tambong
Nama Hokkien: Ciak Zho
Ikan kakap atau lebih popular dengan panggilan MJ di kalangan pemancing lazimnya hidup di kawasan muara sebagai tempat perlindungan dan mencari makanan. Apabila matang ia akan berhijrah ke laut lepas. Justeru ia menimbulkan kekeliruan kepada sesetengah pemancing untuk membezakan kakap merah yang didapati di muara dengan kakap merah di laut dalam.
Dalam disiplin jigging perlahan, kakap merah dianggap rare species berikutan peluang untuk mendaratkannya amat tipis walaupun berpuluh kali trip memancing diadakan. Hingga dikatakan hanya jigger tahap masta saja yang bejaya mendaratkannya.
KACI
Nama saintifik: Diagramma pictum
Nama Inggeris: Grunts (sweetlips)
Nama tempatan: Kaci, mandi abu
Nama hokkien: Ka Chee
Ciri-ciri untuk mengenali kaci atau mandi abu ini memiliki 9-10 duri pada sirip dorsal, 20-24 tompok sinar lembut. Kaci juvana atau sub dewasa memiliki tompok atau jalur. Ia mampu membesar sehingga 100 cm namun saiz biasa yang ditemui sekitar 45 cm.
Dalam dunia memancing khususnya pancingan kolam air masin, kaci ini lebih merujuk kepada panggilan kakap merah. Sementara dalam disiplin jigging perlahan, spesies ini hampir tidak tersenarai dalam buruan utama berikutan ia pernah dianggap tidak membaham jig kecuali jig yang ‘berumpan’.
Namun tentangan yang diberikan kaci sehingga ke permukaan membuatkan ia kini menjadi spesies yang ingin diburu.
MERAH
Nama Saintifik: Lutjanus erythropterus
Nama Inggeris: Crimson Snapper
Nama tempatan: Merah, merah pucat
Nama Hokkien: Ang Sai, Ang Koi
Spesies yang mudah dikenali berikutan keseluruhan badannya termasuklah sirip berwarna merah atau merah jambu. Profil dorsalnya berkepala curam dan bermulut kecil. Ia mampu membesar sehingga 60 cm namun pada kebiasaannya yang didaratkan dalam lingkungan saiz 45 sahaja.
Ia merupakan spesies buruan utama dalam dunia pancingan dasar. Namun dalam disiplin jigging perlahan, spesies ini masih menjadi satu persoalan yang tidak terjawab sama ada ia benar-benar membaham jig. Atau dalam erti kata lain, bukannya jig hybrid atau jig yang diletakkan umpan.
KERAPU SUNOH BARA
Nama saintifik: Plectropomus leopardus
Nama Inggeris: Common coral trout, leopard coral grouper
Nama tempatan: Sunoh, kerapu bara, kerapu bintang
Nama Hokkien: Ang Gau
Kerapu ini dapat dikenali menerusi badannya yang dilimpahi titik biru kecil. Bulatan cincin biru yang tersendiri di sekeliling mata. Dan sirip pektoral yang polos tanpa warna. Ia mampu membesar sehingga 120 cm panjang namun saiz yang lazim didapati sekitar 35cm sahaja.
Dalam disiplin jigging perlahan ia merupakan spesies tangkapan impian berikutan kesukaran untuk mendapatkannya, khususnya di perairan Selat Melaka yang merupakan padang pancing utama jigging perlahan.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...