Hanya dengan menggunakan beberapa pes perisa halal yang boleh digunakan untuk masakan, korang sudah boleh menjadikannya sebagai bahan umpan untuk memikat deria ikan bagi memakan umpan yang korang laburkan.
Bahan keperluan:
2 Botol (saiz sederhana) perisa pandan kelapa Original
1 Botol (saiz sederhana) perisa pisang Original
1 Botol (saiz sederhana) perisa badam Original
Cara penyediaan umpan:
Sediakan sebuah bekas atau botol minuman kosong saiz 500 ml. Tuangkan 2 botol perisa pandan kelapa ke dalam botol kosong ini. Kemudian tuangkan pula 1 botol perisa pisang ke dalam botol tersebut.
Seterusnya masukkan pula 2 penutup botol perisa badan ke dalam botol tersebut.
Goncang botol campuran perisa pandan kelapa, pisang dan badam sehingga campurannya sebati. Sebaiknya biarkan 10 hingga 15 minit umpan ini sebati sebelum digunakan.
Cara penggunaan umpan:
Umpan ini boleh digunakan bersama apa saja roti sandwic, roti kentang, serbuk roti, dedak dan juga palet. Untuk ujian ini palet 920 menjadi pilihan dan digunakan dengan teknik perambut dua mata kail.
Rendam dan tos dengan segera 1 kg palet di dalam bekas bancuhan umpan. Biarkan seketika sehingga palet menjadi lembut.
Tuangkan umpan pandan pikat memikat ini (anggaran 10-15 penutup botol) ke atas palet dan goncang hingga sekata. Biarkan seketika sehingga umpan meresap pada palet.
Cucuk jajan atau keropok jagung pada mata kail. Kemudian kepal palet kira-kira segenggam pada kedua-dua mata kail dan pastikan mata kail tergantung kemas di tengah-tengah kepalan palet.