Lain kolam lain pula umpannya. Atas sebab itulah apabila memancing di mana-mana kolam air tawar berbayar, jangan segan untuk bertanya kepada pemilik atau pengurus kolam tersebut umpan yang sesuai digunakan. Dan ini merupakan umpan yang biasa diguna di kolam Harmoni, Puchong.
Bahan-bahan yang digunakan.
Pes perisa pandan
Pes perisa pisang
Santan kotak
Roti sandwic
Cara-Cara Penyediaan:
Langkah 1
Masukkan kira-kira setengah kotak santan (pek kecil) ke dalam botol yang berisi 30 ml pes perisa pandan.
Ads
Langkah 2
Masukkan 1 penutup pes perisa pisang ke dalam botol tersebut.
Langkah 3
Ads
Goncang botol campuran bahan tersebut sehingga benar-benar sebati. Ia sudah sedia untuk digunakan bersama roti atau palet.
Langkah 4
Potong dadu sebungkus roti sandwic dan masukkan ke dalam bekas bancuhan umpan.
Ads
Langkah 5
Tuang sos umpan yang dihasilkan ke atas roti dadu (jangan terlalu banyak) dan pastikan setiap potongan roti mengenai sos umpan.
Langkah 6
Umpan yang sedia digunakan untuk dicucuk dan dikepal pada mata kail.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Penyakit albino atau albinisme tidak hanya terjadi pada manusia, tetapi terjadi dan mempengaruhi haiwan termasuklah ikan.
Mungkin anda pernah tengok ikan albino dan ikan tilapia merah asalnya adalah albanisme.
Albinisme terjadi karena kekurangan pigmen melanin yang bertanggung jawab untuk warna kulit, mata, dan rambut.
Dalam kes albino, enzim yang terlibat dalam produksi melanin tidak ada atau rosak. Situasi ini sebahagian besar diturunkan oleh kedua ibu bapa atau induk, namun dalam beberapa kasus dapat diwariskan dari genetik tunggal.
Namun ibu bapa yang normal tetap berpeluang melahirkan anak albino. Hal ini terjadi kerana ibu bapa adalah pembawa gen yang menyebabkan kondisi ini.
Albinisme Pada Haiwan
Seperti pada manusia, albinisme pada haiwan juga merupakan kelainan genetik yang menyebabkan kelainan atau ketiadaan pigmen melanin. Pelbagai mutasi gen bertanggung jawab atas terjadinya albinisme.
Albinisme bisa terjadi di hampir semua spesies hewan yang memiliki melanin dalam tubuh mereka seperti reptilia, amfibia, moluska, burung, dan mamalia.
Oleh karena itu, albinisme terjadi pada pelbagai spesies haiwan seperti ular, ikan yu, paus, lumba-lumba, siakap, patin, tongsan dan lain-lain lagi.
Tidak semua haiwan yang berwarna putih atau pucat mengalami albinisme. Anda dapat mengenal pasti haiwan albino dengan melihat warna matanya.
Mata haiwan albino akan berwarna merah muda atau merah. Kurangnya melanin membuat pembuluh darah mata menjadi terlihat sehingga mata nampak berwarna merah.
Hewan albino juga akan memiliki kuku, kulit, dan sisik yang berwarna kemerahan. Ada beberapa kondisi pada haiwan yang berhubungan dengan albinisme.
Sementara axanthic albino (axanthism) terjadi karena kekurangan warna kuning pada tubuh, anerythristic albino terjadi karena kekurangan warna merah.
Albinisme juga sering tertukar dengan leucisme. Pada leucisme, haiwan memiliki warna yang sangat pucat atau putih, namun memiliki mata gelap.
Hewan leucisme tidak kekurangan melanin dan dapat dikenalpasti dengan warna mata mereka yang tetap gelap atau normal.
Masalah Pada Haiwan Albino
Melanin merupakan pigmen yang berfungsi melindungi kulit dari radiasi ultraviolet. Atas sebab itu haiwan albino sensitif terhadap cahaya terik matahari dan berisiko tinggi barah kulit.
Haiwan albino tidak mampu melakukan penyamaran berbandingkan rakan mereka yang normal sehingga lebih terdedah terhadap predator.
Albinisme juga menyebabkan masalah penglihatan. Haiwan albino umumnya akan kesulitan mencari pasangan karena tidak memiliki warna normal.
Pemancing di Malaysia sering dimomokkan dengan cerita sang tapah membaham monyet, anjing, kucing dan sebagainya. Ironinya, spesies ini memang antara spesies yang misteri malah di Perak, terdapat mitos mengatakan yang sesetengah keturunan tidak boleh memakan atau membunuh ikan tapah ini. Namun, kombinasi kekuatan, misteri dan mitos ini menjadikan tapah antara spesies legenda di Malaysia.
Dalam kebanyakan laporan, ikan tapah atau nama saintifiknya iaitu Wallago attu sememangnya pemburu hendap yang sangat kuat. Wallago attu merupakan spesies catfish atau ikan bermisai seperti keli dan baung. Ikan tapah mampu membesar sehingga 6 kaki panjang. Bayangkan saiznya yang hampir sebesar manusia malah ada kes spesies ini ditemui lebih besar daripada manusia.
TABURAN SPESIES
Ikan tapah boleh ditemui di sungai-sungai dan tasik di Asia. Tapah merupakan penghuni dasar atau demersal dan gemarkan kawasan yang dalam. Pun begitu, terdapat juga tapah yang saiznya lebih kecil mendiami sungai berarus dan kawasan berbatu.
Antara taburan tapah di Asia termasuklah Pakistan, India, Sri Lanka, Nepal, Bangladesh, Myanmar, Thailand, Vietnam, Kemboja, Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan Indonesia. Di Malaysia, ikan tapah cukup popular di negeri Pahang dan Perak sehinggakan terdapat tempat yang dipanggil Tapah di Perak.
BIOLOGI
Secara biologi, ikan tapah biasanya mendiami sungai yang besar dan tasik yang luas serta dalam. Tapah merupakan pemburu hendap dan pemangsa yang sangat kuat serta ganas ketika memburu. Biasanya ikan tapah akan bersembunyi di dasar badan air dan akan menyerang mangsanya dengan rakus.
Ketika di dasar, ikan tapah akan memilih kawasan atau lubuk yang berbatu atau berlumpur yang dalam, tidak berarus tau berarus perlahan. Ikan tapah mampu berada di dasar dalam tempoh masa yang agak lama dan menjadikan ikan kecil dan organisma dasar sebagai diet utamanya. Antara diet utamanya ialah serangga, ikan yang lebih kecil, krustasia dan moluska.
Ikan tapah biasanya aktif pada musim panas dan selalunya membiak atau bersenyawa ketika awal monsun. Jika di Sungai Mekong, ikan tapah dilaporkan akan bergerak ke sungai kecil dan terusan ketika waktu hujan. Setelah itu, spesies ini akan kembali ke sungai utama ketika musim panas dan akan mencari lubuk yang dalam sebagai tempat persembunyian.
Ketika musim mengawan inilah biasanya nelayan menjadikan jangka masa ini sebagai masa yang sesuai untuk menangkap spesies tapah. Tapah yang baru melepaskan telur akan aktif sewaktu kembali ke sungai-sungai besar. Terdapat pendapat mengatakan, kaum Iban di Sarawak biasa menangkap ikan tapah pada waktu ini dengan tangkapan yang mampu mencecah sehingga 50kg.
Ikan tapah mempunyai mulut yang luas dan sepasang rahang yang sangat kuat untuk memburu. Dengan kombinasi kekuatan rahang dan gigi konikal, spesies ini memang menjadi antara pemangsa yang sangat digeruni.
MORFOLOGI
Bentuk badan ikan tapah agak panjang dan mempunyai tubuh yang padat. Ikan ini boleh membesar sehingga 2.4 meter panjang. Kepalanya lebar dan menirus ke bawah seperti keli, dengan mulut yang besar. Bukaan mulutnya menjangkau hingga ke belakang matanya.
Gigi ikan ini amat tajam namun tidak bertaring sebaliknya mempunyai set gigi kecil yang banyak. Mata ikan tapah kecil dan terletak di sisi kepalanya. Ikan Tapah mempunyai dua pasang duri, dengan sirip dorsal yang kecil dan sirip kaudal yang amat kuat untuk henjutan kekuatan.
ANCAMAN POPULASI
Eksploitasi tanpa kawalan terutama dalam penangkapan ikan ini secara berlebihan membuatkan populasi ikan ini telah menurun sejak kebelakangan ini. Selain tangkapan berlebihan, kemusnahan habitat dan ekosistem alam juga menjurus ke arah penurunan populasi spesies ini.
Ikan patin Mekong atau pla buk merupakan ikan sukan memancing dari Thailand yang seronok dipancing berikutan perlawanannya yang padu.
Namun untuk mengumpan ikan ini menyedut mata kail bukan mudah. Ia memerlukan ramuan umpan yang terbaik sehingga berjaya memperdayakannya.
Bahan-bahan keperluan:
Roti sandwic
Dedak 929
Dedak ayam
NS Power pandan
Pes Musang A1
Esen perisa pisang
Cara-cara penyediaan umpan
Hancurkan sebungkus roti sandwic (apa saja jenis roti perlu dijemur di bawah terik matahari buat seketika) dan masukkan ke dalam bekas bancuhan.
Kemudian masukkan 1 kg dedak 929 dan 300 gm dedak ayam. Gaul campuran ini hingga sekata.
Masukkan pula sebungkus NS Power pandan dan sekali lagi gaul hingga sekata.
Kemudian masukkan pula 11 penutup pes Musang A1 dan 2 penutup botol esen perisa pisang.
Masukkan air sedikit demi sedikit dan gaul campuran bahan ini sehingga sesuai untuk dikepal pada spring.
Biarkan seketika adunan ini buat seketika agar-agar ia benar-benar sebati dengan campurannya sebelum digunakan.
Cara penggunaan umpan:
Kepalkan umpan pada spring yang telah diikat mata kail. Kemudian dengan teknik apungan (menggunakan pelampung) lontar umpan ke sudut kolam yang kerap patin Mekong memperlihatkan kelibatnya.
Sekiranya tiada sebarang untuk tempoh 20 minit, tukar umpan yang baru dan cuba lagi sehingga berjaya.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...