Sebagaimana diketahui, ikan kaloi merupakan spesies ikan omnivor. Ikan ini memakan apa sahaja seperti rumpai air, ikan kecil, katak, cacing, organisma akuatik yang kecil malah hidupan akuatik yang telah mati juga dimakan oleh ikan kaloi.
Oleh yang demikian, kaloi boleh dipancing dengan umpan alternatif atau umpan yang digunakan untuk memancing ikan lampam atau patin.
Bahan-Bahan Keperluan:
Dedak ayam
Dedak 929
Roti sandwic
Pes perisa strawberi
Spring mata kail
Cara Penyediaan:
Langkah 1
Gaul dedak ayam bersama dedak 929 sebanyak mana yang dingini.
Langkah 2
Campur sedikit pes perisa stawberi ke dalam campuran dedak ayam dan dedak 929 (jika perlu).
Langkah 3
Potong dadu roti sanwic dan kemudian curahkan pes perisa stawberi ke atasnya.
Cara Menggunakan umpan:
Langkah 1
Kepalkan campuran dedak dan lontarkan ke spot pancingan yang dipercayai terdapat ikan kaloi, Ia berfungsi sebagai rasuah untuk menarik ikan kaloi datang atau kekal berada di situ.
Langkah 2
Cucukkan roti dadu pada mata kail dan kepalkan spring tersebut dengan bancuhan dedak. Kemudian lontar ke kawasan yang telah dirasuah. Tunggu hasilnya!