Kira-kira 2-3 tiga tahun lalu, penggunaan minyak serai dalam penghasilan umpan memancing (kolam pancing air tawar), pernah menjadi satu fenomena.
Berasaskan minyak sawit dan adunan serai, aroma unik minyak serai ini menjadikan ia penarik baru bagi menjinakkan ikan air tawar kolam komersial khususnya patin dan tongsan sisik halus.
Team Umpan agak bernasib baik kerana sempat juga merekod dan merakam umpan yang dihasilkan berasaskan minyak serai ini sebelum ia menyepi dari dunia pancingan kolam buat seketika.
BAHAN-BAHAN KEPERLUAN:
Minyak serai
Tepung gandum
Pes pandan/strawberi
Keropok jagung
LANGKAH 1
Masukkan kira-kira ½ kg tepung gandum (setting untuk ½ kg) ke dalam bekas adunan atau tong umpan.
Ads
LANGKAH 2
Masukkan sedikit demi sedikit minyak serai dan gaul adunan.
LANGKAH 3
Sebaiknya dapatkan adunan yang tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembik dan ia sudah boleh digunakan.
LANGKAH 4
Ads
Masukkan 2-3 penutup pes pandan ke adunan dan gaul hingga sekata.
LANGKAH 5
Apabila memasukkan pes, adunan akan menjadi kental atau keras. Masukkan lagi minyak dan gaul bagi mendapatkan adunan yang tepat.
LANGKAH 6
Ads
Cucuk mata kail (perambut Y) dengan keropok jagung atau jajan memenuhi mata kail.
LANGKAH 7
Ambil sedikit adunan sebesar ibu jari dan kepalkan mata kail. Kepal dengan kemas agar ia betul-betul melekat.
LANGKAH 8
Umpan yang sedia untuk dibaling ke lubuk. Sebaiknya gunakan teknik tanam batu mati bila menggunakan umpan tepung ini.
(saksikan video penyediaan umpan ini dengan cara klik link di bawah ini)
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Selain sembilang, duri dan pari atau ketuka, ikan depu, baji, dengkis, kitang, kitang lada dan pelbagai jenis ikan yang jarang dijumpai mempunyai sengat sama ada yang jelas kelihatan atau tersembunyi di sebalik sirip dan badan.
Ikan semilang, duri, mayong, jahan dan belukang memiliki sengat keras terserlah di atas badan, sisi kiri dan kanan. Sengat pari dan ketuka pula terdapat di bahagian ekor sama ada di pangkal, tengah atau hujung ekor.
Ada antara pari seperti pari kebas atau pari serban tidak memiliki sengat tetapi senjata utama ialah gataran arus elektrik dialirkan ke badan yang menyentuhnya. Terdapat juga pari memiliki hanya satu sengat keras dan ada yang mempunyai dua sengat keras di ekor.
Ikan lain yang dikategorikan berbisa memiliki sengat atau duri kecil yang tajam di badan (depu dan baji) selain sengat antara sirip dorsal dan sirip pelvik. Sengat yang berbisa ini tersembunyi merbahaya jika terkena tangan. Pari umpamanya perlu dikendalikan dengan betul. Pastikan sengat dibuang terlebih dulu jika ingin bergambar.
Kebanyakan ikan aktif ketika air pasang dan kawasan yang berarus. Kawasan yang tenang kurang didiami ikan pemangsa kerana sukar mendapat mangsa buruan. Di kawasan terdapat gelombang (bukan jenis yang terlalu besar hingga puluhan kaki) selain anak ikan turut bermain ombak, kumpulan ikan pemangsa (predator) turut mengikuti dari belakang.
Saya baru saja diracuni oleh rakan-rakan supaya mencuba teknik jigging kerana sebelum ini saya hanya memancing di muara sungai saja. Boleh tak terangkan sedikit persiapan untuk teknik jigging ini?
JAWAPAN:
Tahniah kerana anda berhasrat untuk meningkatkan teknik memancing ke peringkat seterusnya. Namun saya tidak pasti sama ada ada sudah biasa memancing di muara itu menjurus kepada konsep memancing apa.
Sekiranya memancing di muara dengan menggunakan sampan atau bot kecil maka untuk beralih ke jigging tidaklah menjadi sesuatu yang sukar. Tetapi sekiranya lebih banyak memancing di tepian atau menebing, sememangnya banyak persediaan yang perlu dipersiapkan.
Perkara pertama dan utama untuk jigging adalah anda haruslah persiapkan diri dengan situasi memancing di atas bot. Perlu bersedia untuk berhadapan dengan masalah mabuk laut. Sekiranya ia dapat dilalui dengan mudah maka dengan mudah juga anda akan menguasai teknik jigging yang sebenarnya bukanlah sesuatu yang rumit untuk dipelajari.
Persiapan dan tip untuk jigging bergantung kepada beberapa keadaan seperti teknik yang akan digunakan, spesies target dan keadaan lapangan pancing (struktur dan kedalaman air). Secara umumnya, bergantung kepada lokasi dan spesies target, anda boleh mengagak teknik yang akan digunakan seperti slow atau high pitch, light ataupun fast jigging seterusnya menentukan berat dan jenis jig yang perlu disediakan dan kekuatan set pancing yang akan diguna pakai.
Selain itu, sediakan pakaian yang sesuai dan bersedia untuk hadapi cuaca panas terik dan peralatan pancing yang berbeza (yang mungkin belum anda miliki sebelum ini) seperti seperti joran untuk slow jigging dan light jigging, jig untuk slow dan fast jigging, assist hook dan sebagainya.
Persediaan dari segi mental juga amat penting seperti dapatkan tidur yang cukup, makanan seimbang sebelum turun ke laut bagi mengelakkan mabuk dan yang paling penting tanya terlebih dahulu tip daripada tekong yang anda akan gunakan servisnya kerana tekong lebih memahami keadaan lubuk mereka.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...