Pes perisa merupakan salah satu bahan utama terpenting masa kini bagi menyediakan umpan memancing di kolam komersial air tawar khususnya untuk memancing ikan patin.
Pes perisa Original contohnya, merupakan pes serba guna yang boleh dicampur dengan pelbagai umpan asas lainnya.
Malah, untuk tarikan yang lebih, ia boleh dimasak dengan bahan lain untuk membangkitkan aroma dan mampu digunakan untuk tempoh yang lebih lama.
Bahan keperluan:
Perisa strawberi nangka Original
Perisa pisang Original
Ads
Minuman berkarbonat perisa epal
Roti sandwic
Cara penyediaan sos umpan:
➡ Masukkan 150 ml Original perisa strawberi nangka ke dalam periuk.
Ads
➡ Tambahkan kira-kira 50 ml Original perisa pisang dan kacau campuran ini hingga sekata.
➡ Campurkan pula kira-kira 50 ml minuman berkarbonat perisa epal.
➡ Kacau kesemua bahan di atas api sederhana sehingga mendidih. Setelah sejuk, masukkan ke dalam bekas atau botol simpanan.
Cara menggunakan sos umpan:
Ads
Sos ini boleh digunakan bersama roti sandwic, roti kentang, roti bun, palet atau juga dedak.
Cara penggunaan sama sahaja dengan cara penggunaan jika menggunakan sos atau perisa lainnya.
Lazimnya sos atau umpan ini digunakan untuk memikat spesies patin namun ikan rohu dan tongsan turut sama menggemari aromanya.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Campur sedikit umpan gam (setengah genggam) dan gaul lagi hingga sekata. Boleh juga guna tepung gandum jika tiada umpan gam. Jika guna tepung gandum, memadai sekadar 2-3 genggam saja.
Step6
Masukkan air sedikit demi sedikit.
Step7
Gaul sehingga adunan menjadi lembut dan kenyal.
Step8
Picitkan minyak Umpan 3D perisa cacing tanah kemudian gaul lagi.
Cara penggunaan:
Guna perambut mata rambai (perambut benang merah yang memiliki 5-10 mata kail). Atau boleh juga buat perambut sendiri dengan mengikat 2-4 mata kail.
Gentelkan adunan ini sebesar hujung jari manis pada mata kail sebagai umpan.
Lemparkan sesudu ke arah mana yang anda sukai, biarkan ia tenggelam hingga ke dasar dan kemudian karau tali yang kendur. Dengan menggunakan pergelangan tangan (wrist), terus angkat joran sedikit sahaja seperti anda mengangkat cawan kopi untuk diminum.
Sesudu akan terangkat sedikit dari dasar bergerak lebih kurang sekaki dan tenggelam semula. Karau semula tali yang kendur dan lakukan proses tadi hingga sesudu sampai kepada anda. Ia boleh dilakukan dengan cepat ataupun perlahan.
Seperti lompatan pendek, tetapi selepas sesudu tenggelam hingga ke dasar, kali ini angkat keseluruhan tangan dari pergelangan tangan hingga ke siku ke atas dalam sudut 90 darjah. Tangan boleh diangkat laju atau perlahan tetapi pastikan tali sentiasa tegang apabila menjatuhkan tangan ke posisi asalnya semula.
Ini adalah kerana semasa tangan diangkat, sesudu akan naik dan bergerak lebih kurang satu meter dari dasar dan semasa ia jatuh semula ia akan bergelek dan ada kalanya waktu ini disambar pemangsa.
Jika tali kendur, ragutan pemangsa tidak terasa dan selalunya sembatan tidak padu menyebabkan pemangsa terlepas akibat cangkukan mata kail yang tidak kukuh. Teknik ini juga secara laju dan perlahan.
Teknik ini adalah terbaik jika anda menggunakan bot. Kawasan sasaran adalah kanopi rumpair yang meneduhi tebing yang juram dan dalam atau kawasan bukit-bukit tenggelam di tengah-tengah tasik atau lombong yang boleh dijejaki dengan bantuan sonar.
Terbaik jika kedalaman melebihi 20 kaki, keadaan air yang gelap tetapi jernih. Untuk kawasan bukit tenggelam, pastikan bot menggunakan sauh supaya bot tidak berhanyut ditiup angin dan jika kawasan tebing, pastikan bot berhanyut sejajar dengan tebing yang curam tersebut atau ikat bot di tubir kanopi rumpair.
Sesudu dijatuhkan ke bawah bot hingga ke bawah bot hingga ke dasar, kemudian menggunakan pergelangan tangan sahaja sentap (twitch) joran sedikit demi sedikit hingga sesudu sampai kepada anda.
Cara yang lain, apabila sesudu mencecah dasar, angkat semula joran sekaki tingginya dan jatuhkan semula ke posisi asal, ulang proses ini sehingga 20 kali atau lebih. Sesudu akan sentiasa turun naik dalam lingkungan sekaki hingga dua kaki dari dasar.
Selain itu anda juga boleh angkat joran tinggi hingga sudut 90 darjah, tapi pastikan tali sentiasa tegang semasa menuruti sesudu tenggelam semula ke dasar. Ulang juga sehingga 20 kali atau lebih.
Anda juga boleh unjunkan sesudu di perimeter pertengah atau beberapa kaki dari dasar. Terbaik sekali unjunan 5-10 kali (sama ada joran diangkat rendah atau tinggi) dilakukan bermula dari dasar, kemudian naik antara 2-4 kaki, unjun semula 5-10 kali, naik lagi 2-4 kaki, unjun lagi 5-10 kali dan lakukan ia bertingkat-tingkat naik hinggalah sesudu sampai kepada anda.
Alternatif lain selain unjunan adalah vibrating (getaran). Kali ini joran tidak diangkat tetapi hanya hujung digetarkan dengan menggetar pergelangan tangan anda sahaja. Aksi sesudu akan menjadi seperti menari-nari di dalam air. Boleh diaplikasikan cara jigging yang bertingkat-tingkat naik tadi.
Penggunaan perambut kabel atau dawai untuk memburu spesies bergigi tajam seperti tenggiri, alu-alu, toman atau pacu bukanlah satu kemestian. Sebaliknya ia lebih menjurus sebagai insuran saja. Faktor utama kenapa perambut dawai ini digunakan kerana bimbang pemangsa-pemangsa bergigi tajam ini akan menelan umpan atau gewang hingga boleh memutuskan tali perambut.
Oleh yang demikian penggunaan perambut dawai adalah kemestian terutamanya bagi pancingan menggunakan umpan alami ataupun umpan tiruan seperti pintail dan sebagainya lagi. Ia juga perlu digunakan untuk casting dan trolling di laut kerana tidak pasti spesies apa yang bakal menyambar gewang tersebut.
Tidak dinafikan juga perambut dawai lebih mudah dilihat berbanding leader fluorocarbon tetapi ia masih boleh diatasi dengan menggunakan perambut dawai yang lebih halus diameter. Saya mencadangkan perambut dawai berkuatan 40lb ke bawah. Perambut dawai juga tidak perlu panjang, memadai 10cm ke bawah.
Seperkara yang perlu anda ingat, Pintail biasanya dimainkan dengan karauan yang laju. Dengan karauan yang laju, saya tidak fikir tenggiri berkesempatan untuk melihat dan menilai perambut yang digunakan. Apa yang jelas kelihatan hanyalah aksi renangan pintail tersebut.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...