Umpan lilit sotong (tiada kena mengena dengan sotong) ini bolehlah dianggap sebagai umpan bajet kerana tidak memerlukan kos tinggi untuk menyediakannya. Ia hampir sama seperti umpan tepung atau umpan minyak, bezanya ia perlu diadun dengan air terlebih dahulu. Namun keberkesanannya untuk menjerat ikan seperti patin amat tinggi.
(kredit: Kolam Pancing safirus, kuala pilah)
BAHAN-BAHAN KEPERLUAN
(*apa-apa perisa boleh digunakan mengikut kesukaan korang. Sukatan bahan juga korang boleh ubah sendiri)
LANGKAH 1
Masukkan kira-kira 200 gm tepung gandum ke dalam bekas bancuhan.
LANGKAH 2
Masukkan air minuman atau air kolam (elakkan penggunaan air paip kerana mengandungi klorin).
LANGKAH 3
Bancuh adunan sama seperti menghasilkan adunan untuk lempeng.
LANGKAH 4
Campurkan esen pisang yang telah dilarutkan dengan air.
LANGKAH 5
Masukkan pula 3 tutup perisa keladi.
LANGKAH 6
Tambahkan 3 tutup pes pandan.
LANGKAH 7
Bancuhan campuran yang dimasukkan sehingga sebati dan sekata.
LANGKAH 8
Tambahkan lagi tepung gandum bagi menghasilkan doh yang sesuai.
LANGKAH 9
Doh yang sesuai tidak terlalu keras dan melekit.
LANGKAH 10
Tuangkan minyak sawit ke atas doh (tak perlu digaul sekata).
LANGKAH 11
Lekatkan jajan atau keropok jagung yang sudah lemau pada mata kail.
LANGKAH 12
Ambil seketul kecil doh dan balutkan pada mata kail yang dilekatkan jajan.
LANGKAH 13
Lilit dan tekan doh secara memanjang pada mata kail.
Langkah 14
Umpan lilit yang sedia digunakan