Simpulan bimini twist merupakan satu teknik untuk menghasilkan loop atau gelendung yang paling berseni dan kukuh simpulannya.

Simpulan ini biasanya dilakukan pada tali utama (tali sulam) untuk disambungkan pada leader monofilament atau fluorocarbon.

 

Langkah 1

Lipatkan tali menjadi gelung kira satu depa dan pegang pada kedua-dua tali dengan hujungnya dibiarkan kira satu kaki.

Langkah 2

Pintal gelung tali yang diselitkan pada jari kira-kira 20 hingga 30 pusingan.

 

 

Langkah 3

Masukkan gelung tali ke bawah kedua tapak kaki sementara pastikan pintalan yang dihasilkan tadi tidak terurai.

Langkah 4

Rapatkan pintalan dengan menolak pintalan yang dihasilkan dari dalam gelung sehingga pintalan menjadi ketat.

Langkah 5

Bagi mengelak pintalan menjadi longgar, gunakan kedua-dua kaki sambil tangan memegang punca pintalan dari terlepas.

 

 

Langkah 6

Tanpa membiarkan pintalan menjadi longgar, lurutkan hujung tali agar melilit pintalan sedikit demi sedikit.

Langkah 7

Lakukan lilitan tersebut sehingga ia menjadi tindanan hingga hujung gelung.

Langkah 8

Lilitan penuh yang dihasilkan. Kekalkan ia agar tidak terlerai untuk ikatan simpulan.

 

 

Langkah 9

Untuk melakukan simpulan mati, masukkan hujung gelung ke bawah tapak kaki dan regangkannya.

 

 

Langkah 10

Rapatkan pangkal dan lilit dengan hujung tali 8-10 kali.

Langkah 11

Lilit pula ke arah berlawanan beberapa kali masukkan hujung tali ke dalam gelung.

 

 

Langkah 12

Basahkan lilitan dan tarik hujung tali dengan seketat-ketatnya.

Langkah 13

Simpulan Bimini Twist yang disiapkan.

 

 

Ilustrasi tutorial

 

tengok juga Umpan Knots – Ikatan Worlds Fair

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan