Sekiranya perlu memiliki peralatan khusus untuk eging seperti mana yang diamalkan di Jepun, pastinya sampai bila aktiviti eging ini tidak akan bertapak di negara kita. Hanya untuk memiliki sebatang joran eging saja, saya sendiri pun berfikir sepuluh kali untuk memilikinya. Tambahan pula dengan resam kebanyakan pemancing kita yang kalau boleh, hanya sebatang joran saja untuk semua jenis pancingan.
Squid Jig
Warna serta corak yang cantik pada pandangan kita belum tentu menjadi kesukaan dan menarik minat sotong mengabang. Jika di sebelah Pantai Timur candat bintik, pink dan oren menjadi pilihan. Warna serta berat candat yang pelbagai perlu dibawa kerana lain tempat lain pula kesesuaiannya.
Warm jacket merupakan antara teknologi terkini dalam penghasilan candat. Jika sebelum ini kita hanya bergantung kepada cahaya luminous pada candat bagi memerangkap sotong, kini badan candat yang bersuhu suam membuatkan candat seolah-olah umpan hidup sebenar dan sudah tentu ia lebih memperdaya sotong.
Walaupun tanda harga yang dilekatkan pada kotak candat ini membuatkan ‘kening terangkat’ namun berbaloi menggunakannya kerana kelebihannya ini.
Selain itu terdapat juga candat UV seperti Keimura Teknologi keluaran Shimano yang mana candat ini sangat efektif terutama untuk situasi gelap di dasar yang dalam.
Joran
Joran khas untuk casting sotong agak sukar untuk mendapatkannya di pasaran. Sebagai alternatif joran PE 0.6 -1.2, sepanjang 6 hingga 7 kaki sudah dikira sesuai untuk mengilat dari tebing. Saya sendiri menyukai joran sepanjang 8 kaki, aksi sederhana dengan kekuatan 6-12 lb. Untuk mencari joran ready made bagi spesifikasi begini memang agak sulit. Cara mudah adalah dengan mencari blank kosong dah jadikannya rod custom.
Kekili
Walaupun ia adalah segmen casting, tetapi tidak bermakna anda perlu menggunakan baitcaster atau kekili menegak. Dalam dunia eging ternyata kekili mendatar lebih efisien kegunaannya walaupun di Jepun.
Kekili mendatar yang kecil bersaiz 500-1000 sudah memadai. Tidak perlu kekili siri 2000 ke atas kerana eging sotong mengabang tidaklah sama seperti memancing ikan. Kecuali jika eging dilakukan di atas bot di unjam-unjam.
Tali
Penggunaan tangsi lebih efektif berbanding tali sulam kerana ia mempunyai daya regangan. Tangsi hanya dimasukkan ke dalam spool kekili sehingga 80% ruangan spool. Jika tangsi dimasukkan memenuhi spool, masalah sarang burung sering terjadi. Disaran menggunakan tali berkuatan 10lb-15lb dengan diameter 0.18mm – 0.20mm.
Aksesori
Dakwat hitam merupakan senjata bagi spesies sotong termasuk mengabang. Malah dakwat sotong mengabang lebih banyak berbanding sotong jarum. Perlu berhati-hati mengendalikannya.
Sebaik memperoleh mengabang, biarkan ia seketika di dalam air sehingga ia memancutkan dakwat hitamnya sehingga habis. Kalau terus menaikkannya kebarangkalian muka dan pakaian anda akan disembur adalah tinggi. Bila terkena pakaian bukan mudah untuk mencucinya.
Pemberat atau batu ladung merupakan peralatan terminal yang amat penting khususnya bagi pancingan dasar. Antara lain fungsinya adalah untuk menghantar umpan ke spot yang dikehendaki. Walau bagaimana pun batu ladung ada kelebihan dan kelemahan tersendiri. Beberapa panduan perlu dititikberatkan sama ada ketika membeli atau menghasilkannya sendiri.
Bucu Tajam
Tidak semua batu ladung dihasilkan dengan sempurna. Kadangkala kita boleh temui batu ladung yang tidak kemas kerja-kerja akhir pembuatannya dengan terdapatnya bucu-bucu yang tajam. Khususnya batu ladung hidup berbentuk buah kana atau bulat. Bucu-bucu tajam ini akan bergesel dengan tali pancing sekaligus menyebabkan tali pancing terluka dan putus.
Bahaya Toksik
Sekiranya memilih dan membeli batu ladung di kedai pancing yang masih `segar’ dari kilang atau pembekal, sebaik-baiknya cuci tangan berbuat demikian. Lebih-lebih lagi jika anak-anak yang berbuat demikian. Timah adalah bahan yang sangat bertoksik.
Wap Beracun
Begitu juga anda membuat sendiri batu ladung dengan mencairkan timah. Wap dari timah cair sangat berbahaya dan boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Keadaan lebih parah jika timah cair terkena anggota badan.
Serpihan Halus
Jika menghasilkan batu ladung sendiri juga pastikan juga bahagian pertemuan atau bucu-bucunya tidak ada serpihan dan bucu tajam. Pastikan ia diratakan sebelum digunakan. Selain boleh melukakan anggota tangan, ia juga boleh mencederakan tali pancing.
Tip Menggunakan Batu Ladung
Dari segi penggunaan batu ladung pula pilihlah saiz batu ladung yang setara dengan kelajuan arus. Memadai sekadar untuk menjatuhkan umpan ke dasar, tidak menyebabkan persembahan umpan menjadi terlalu kaku atau terlalu dihanyutkan arus.
Saya agak keliru tentang ball bearing dalam reel. Ada reel yang ada ball bearing sikit (2-5) dan ada yang banyak sehingga 10 dan lebih.
Reel mana yang lebih baik, yang tak banyak ball bearing atau yang banyak?
JAWAPAN:
Boleh dikatakan ramai pemancing yang tidak mengambil soal sangat jumlah ball bearing atau galas bebola yang digunakan dalam sistem kekili.
Kebanyakannya lebih memikirkan soal drag atau ratio sahaja. Tahniah kerana bertanya.
Admin sendiri, semenjak menggunakan kekili yang sekadar ada 1 bearing hinggalah berbelas-belas bearing sekarang ini sendiri tidak kisah sangat soal bearing ni.
Walau bagaimana pun tidaklah bermakna spesifikasi bearing itu tidak penting. Untuk menjadi pemancing yang berilmu, soal bearing ini eloklah kita faham juga.
Bearing yang dimaksudkan ialah jumlah alas bebola yang digunakan dalam sesebuah reel atau kekili.
Contohnya jika pada reel itu tertera 5 ball bearing ia membawa maksud terdapat 5 alas bebola yang digunakan dalam kekili.
Bearing tu untuk apa? Bearing atau alas bebola adalah bertujuan untuk melancarkan pergerakan objek yang berpusing dengan mengurangkan rintangan di antara dua objek.
Semakin banyak alas bebola yang digunakan maka semakin ringanlah rintangan tersebut sekaligus menyebabkan kayuhan terasa lebih lancar dan ringan.
Terdapat kekili yang dipasang dengan belasan alas bebola keluli tahan karat. Semakin banyak terdapat alas bebola semakin mahal kekili terbabit.
Namun terdapat masalah lain pula di sebalik terlalu banyak alas bebola, jika tidak dijaga akan menyebabkan pergerakan kekili tersangkut-sangkut dan mengeluarkan bunyi yang tidak disenangi.
Begitu pun, bearing atau alas bebola ini boleh diganti apabila sudah rosak atau pecah.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...