Saya merupakan pemancing yang menyokong konsep tangkap dan lepas. Masalahnya, sering terjadi ikan yang saya pancing berkeadaan lemah dan seperti hampir mati ketika hendak dilepaskan kembali.
Apakah yang perlu saya lakukan untuk mengelakkan ikan yang dipancing cepat mati?
JAWAPAN:
Sebenarnya agak sukar kepada saya untuk menjawab persoalan yang dikemukan dengan tepat kerana tidak menyatakan secara jelas jenis pancingan yang dipraktikkan.
Begitu juga dengan spesies ikan yang dipancing dan ingin dilepaskan kembali atas konsep tangkap dan lepas. Ini disebabkan tidak semua spesies ikan sesuai untuk konsep tangkap dan lepas.
Terutamanya jika pancingan air masin yang mana kebanyakan spesies ikan demersal amat mudah mati selepas didaratkan.
Begitu juga dengan kaedah pancingan yang dipraktikan. Ini kerana teknik pancingan konservatif (menggunakan umpan) lebih mudah mendatangkan kecederaan (mudah mati) mati berbanding teknik pancingan mengilat yang menggunakan umpan tiruan.
Oleh yang demikian, berdasarkan soalan tuan, saya beranggapan mungkin anda memancing ikan toman atau sebarau dengan teknik mengilat menggunakan gewang.
Saya beranggapan ikan yang pancing mudah selepas dinaikkan kerana ia kepenatan akibat bertarung habis-habisan dalam proses menyelamatkan nyawa.
Ada beberapa sebab kenapa ikan mudah mati selepas dinaikkan. Antaranya mungkin pertarungan berlangsung agak lama, sebaiknya cubalah daratkan ikan dengan sepantas yang mungkin.
Mungkin juga peralatan pancing yang anda gunakan tidak sepadan dengan kekuatan ikan tersebut, sekaligus menyebabkan pertarungan tersebut menjadi lama.
Harus diingat, semakin lama ikan berada di hujung mata kail, semakin tinggi tekanan yang dialaminya dan semakin banyak asid pembunuh yang dibebaskan ke sistem badannya.
Saya ada soalan pasal ikan lampam. Ramai orang tak tau umpan paling power nak mancing siakap (kolam) ialah anak ikan lampam. Sebab itulah banyak kolam siakap tak benarkan guna umpan anak lampam. Diorang takut koyak… betul tak admin?
JAWAPAN:
Saya setuju! Hehehe… soalan ini sebenarnya mengimbas memori hampir 20 tahun lalu. Ketika itu memang tengah gila layan siakap kolam. Hampir semua kolam siakap di Subang Jaya, Shah Alam dan Port Klang saya redah.
Peraturan kolam berkenaan umpan juga berbeza-beza. Boleh dikatakan semua kolam membenarkan umpan udang hidup. Hanya kolam tertentu saja membenarkan dan menyediakan umpan ikan belanak dan lampam hidup.
Kolam yang menjadi pilihan utama saya ialah kolam di Bukit Kemuning, Shah Alam (kalau tak silap pada ingatan) kerana peraturan di kolam ini sangat mesra pemancing.
Tentu saja umpan kegemaran saya ialah anak lampam sebesar ibu jari. Tambah pula harganya lebih murah sedikit berbanding udang hidup atau ikan belanak.
Pada awalnya saya tidak nampak sebarang masalah kenapa ikan lampam `diharamkan’ penggunaannya di sesetengah kolam. Hanya apabila stok ikan lampam kehabisan dan perlu memakai udang hidup barulah saya menyedarinya.
Lazimnya kolam pancing yang membenarkan penggunaan ikan lampam akan berhadapan masalah dengan ikan lampam itu sendiri.
Kolam pancing yang mana tahap sanility airnya yang rendah membolehkan ikan lampam yang dijadikan umpan itu membesar dan membiak dengan jayanya di kolam tersebut.
Lampam-lampam yang membesar dengan jayanya ini akan memakan apa saja makanan yang ada di dalam kolam termasuk udang hidup yang dijadikan umpan.
Apabila udang hidup pemancing dikerjakan oleh lampam pastinya akan membuatkan pemancing marah.
Atas sebab itulah sebenarnya ikan lampam tidak dibenarkan penggunaannya, bukanlah kerana taukeh kolam takut koyak poket atau merah mata melihat pemancing memunggah siakap hasil penggunaan umpan ikan lampam.
Kili atau swivel adalah satu aksesori memancing yang diperbuat daripada logam yang dapat berputar dengan bebas dengan tujuan mengelakkan tali pancing dari berpintal.
Pintalan akan berlaku apabila pergerakan arus itu laju atau apabila kita menunda umpan yang disebabkan dari tindakan umpan seperti umpan tiruan atau batu ladung yang bergerak didalam air atau permukaan air.
Tali pancing mempunyai ketegangan dan apabila terdapat arus atau perjalanan pada tali pancing tersebut maka umpan mahupun batu ladung akan berputar dan ini akan menghasilkan pintalan yang akan meninggalkan kesan pada tali.
Jadi untuk megurangkan dari tali pancing dipintal maka kegunaan kili atau swivel adalah disyorkan. Terdapat beberapa jenis kili dan kegunaan tersendiri.
Ini adalah jenis yang paling popular digunakan oleh para pemancing. Terdapat 2 jenis bagi kili jenis ini iaitu dari jenis straight dan twisted eye.
Kili jenis jenis ini boleh didapati dalam warna kilauan chrome, brass atau hitam. Jenis ini adalah murah, walau bagaimana pun ianya tidak begitu sesuai sekiranya digunakan untuk trolling atau untuk bertarung dengan ikan yang berat dan besar.
Ini disebabkan ianya mungkin lurus disebabkan tekanan. Barrel swivel amat bersesuaian untuk kegunaan memancing dasar atau mengilat untuk ikan yang sederhana besarnya.
Ball bearing swivel
Jenis ini adalah yang paling kuat sekali dan amat bersesuaian untuk kegunaan bagi trolling dan memancing ikan yang besar dan ganas.
Terdapat dalam dua warna iaitu hitam dan chrome. Harganya lebih kurang 3-4 kali ganda dari jenis barrel swivel.
Kili ini mempunyai ball bearing di dalamnya dan akan berputar dengan baik.
Chain swivel
Jenis ini adalah amat sesuai untuk trolling dan mempunyai rangkaian ‘barrel’ untuk menentukan bahawa ia akan berputar apabila digunakan.
Kili jenis ini boleh di dapati dalam warna kilauan chrome, brass atau hitam. Namun ia tidak begitu sesuai digunakan untuk pancing dasar apatah lagi untuk mengilat.
Jenis ini adalah diperbuat dari brass dan mempunyai 3 simpulan yang diikat pada cincin pada jarak yang sama.
Kegunaan simpulan ini adalah untuk memisahkan umpan dari batu pemberat. Kili dari jenis ini amat lemah sekali dan selalunya tidak berputar dengan baik yang mengakibatkan tali akan berbelit. Ia selalu digunakan untuk memancing di dasar.
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...