Terdapat pelbagai jenis ikatan untuk menyambungkan tali sulam atau braided (tali utama) dengan perambut tangsi (monofilament leader).
Ikatan braid to mono ini contohnya merupakan ikatan yang sangat mudah kerana tidak banyak langkah simpulan yang perlu dilakukan.
Langkah 1
Terlebih dahulu buat satu loop (kami saran Duncan braid loop) pada tali sulam dan potong lebihan tali sulam tersebut.
Langkah 2
Ambil tali perambut atau yang hendak disambungkan dan letakkan simpulan tali sulam ke atasnya.
Langkah 3
Pegang simpulan tali sulam dan lakukan lilitan biasa pada tali perambut.
Langkah 4
Lakukan lilitan sebanyak 15-20 kali (lagi banyak lilitan maka lagi kuat sambungan yang akan dihasilkan).
Langkah 5
Setelah selesai melakukan lilitan, masukkan hujung perambut ke dalam gelung tali sulam.
Langkah 6
Pegang perambut dan hujung perambut yang sama pada sebelah tangan, kemudian tarik tali sulam perlahan-lahan (pastikan hanya tarik tali sulam saja).
Langkah 7
Pastikan hasilnya jadi seperti ini dan basahkan simpulan ini dengan air liur. Jika ikatan tersebut bergumpal maka ia diperlu diulangi prosesnya.
Langkah 8
Tarik dengan kuat kedua-dua tali ini hingga kelihatan lilitan tali perambut ke atas lilitan tali sulam dan perambut.
Langkah 9
Tarik sekuat mungkin hingga lilitan terkumpul pada satu tempat sahaja. Kemudian bolehlah potong lebihan tali perambut.
tengok juga Umpan T&T – DIY Hardwire knot
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan