Basic knot atau hook knot merupakan ikatan yang menyambungkan mata kail dengan tali pancing.
Ia antara ikatan terawal yang direkacipta tetapi keberkesanan penggunaan terus kekal sehingga hari ini. Ia agak mudah untuk dilakukan walaupun oleh pemancing baru.
Anda boleh menggunakan perambut tangsi mahupun kevlar bagi mengikat mata kail dengan basic knot ini.
Langkah 1
Masukkan hujung tali perambut kira-kira sejengkal melalui lubang cincin mata kail.
Langkah 2
Masukkan kembali hujung tali perambut melalui lubang cincin arah hadapan.
Langkah 3
Loloskan hujung tali ke dalam simpulan yang terhasil.
Langkah 4
Kecilkan simpulan pertama yang terhasil tadi dengan menarik tali perambut utama.
Langkah 5
Mulakan lilitan dengan bahagian hujung tali perambut pada teras mengarah ke mata kail.
Langkah 6
Lakukan 5-7 kali lilitan dan masukkan hujung tali perambut ke dalam simpulan.
Langkah 7
Basahkan lilitan tali perambut dan tarik kedua-dua tali perambut perlahan-lahan.
Langkah 8
Sila pastikan lilitan tersusun kemas kemudian barulah tarik ikatan sehingga kemas. Potong lebihan tali dan ikatan telah siap.
TN knot juga disebut super ring knot atau simpulan cincin merupakan ikatan yang paling popular dalam dunia jigging. Terutamanya jigging perlahan. Ikatan ini boleh dikatakan digunakan hampir kesemua jigger di negara kita. Jadi, korang patut cuba hasilkan ikatan ini.
Tutorial 1
Masukkan leader atau perambut ke dalam cincin swivel atau mata kail. Leader paling baik untuk ikatan ini ialah material fluorocarbon 100%.
Tutorial 2
Masukkan lagi sekali hujung tali ke dalam lubang cincin. Pastikan juga hujung leader agak panjang supaya banyak lilitan dapat dibuat nanti.
Tutorial 3
Pastikan simpulan yang dihasilkan tidak bertindih kerana ia boleh menjejaskan kualiti ikatan.
Tutorial 4
Tarik hujung tali melalui bahagian bawah tali utama.
Tutorial 5
Kemudian masukkan hujung ke dalam semua simpulan yang terhasil.
Tutorial 6
Tarik hujung tali dan tali utama sehingga ikatan menjadi kuat dan pastikan ikatan ini tidak bertindih.
Tutorial 7
Buat simpulan biasa bermula dari bahagian atas tali utama dan ketatkan.
Tutorial 8
Simpul pula dari bahagian bawah tali utama dan ketatkan.
Tutorial 9
Setelah membuat simpulan sekurang-kurangnya 10 kali, buat dua lilitan dalam satu simpulan bagi tujuan mematikan ikatan.
Tutorial 10
Potong lebihan tali dan bakar hujungnya.
Tutorial 11
Ring knot atau TN knot yang telah siap dalam masa singkat.
Perambut Y atau perambut cabang merupakan perambut paling banyak digunakan bagi pancingan muara. Ia merupakan perambut yang mudah dihasilkan jika anda sudah biasa melakukan simpulan drooper loop.
Ikuti tutorial step by step ini dan video tutorial penuh menghasilkan perambut Y dalam masa yang amat singkat.
Alatan keperluan:
Perambut mono
Mata kail
Batu ladung
Tutorial 1
Pegang kira-kira 30 cm bahagian hujung tali dan buat satu lingkaran penuh. (Ini merupakan cara menghasilkan drooper loop. Atau boleh lakukan cara yang anda sudah biasa buat).
Tutorial 2
Lakukan silangan antara dua tali.
Tutorial 3
Lakukan silangan tali sekurang-kurangnya 10 kali pintalan.
Tutorial 4
Masukkan tali yang melengkung bulat ke bahagian tengah pintalan yang dihasilkan tadi.
Tutorial 5
Tarik perlahan-lahan kedua-dua bahagian tali sambil membentulkan simpulan yang terbentuk dan pastikan lingkaran di tengah pintalan tidak terlucut keluar.
Tutorial 6
Tarik dengan kuat sehingga simpulan menjadi ketat dan rapat.
Tutorial 7
Seterusnya ikat mata kail pada bahagian tali perambut yang panjang (panjang perambut bergantung kepada anda untuk menentukannya).
Tutorial 8
Ikat pula batu ladung pada bahagian perambut yang pendek (biasanya sepanjang 1 atau dua jengkal).
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...