Umpan Knot – Ikatan Sambungan Perambut!!

Share

 

Ikatan menyambung tali utama (mainline) pada perambut (leader) merupakan satu kemestian apabila anda menggunakan tali sulam sebagai tali utama.

Sekiranya anda memancing dasar di laut dalam, kami sarankan anda mencuba ikatan penyambungan ini kerana ia ternyata lebih kuat berbanding ikatan lain.

 

STEP 1

Buatkan Duncan Braid Loop (atau apa sahaja ikatan simpulan mati) pada tali sulam dan potong lebihan tali sulam tersebut selepas mengikatnya.

 

STEP 2

Ambil tali perambut (polymer atau flurocarbon) yang hendak disambungkan dan letakkan simpulan tali sulam ke atasnya (rujuk gambar).

 

STEP 3

Pegang simpulan tali sulam dan lakukan lilitan biasa pada tali perambut.

 

STEP 4

Lakukan lilitan sebanyak 15-20 kali (lagi banyak lilitan maka lagi kuat sambungan yang akan dihasilkan).

 

STEP 5

Setelah selesai melakukan lilitan, masukkan hujung tali perambut ke dalam gelung tali sulam.

 

STEP 6

Pegang tali perambut dan hujung tali perambut pada sebelah tangan, kemudian tarik tali sulam perlahan-lahan (pastikan hanya tarik tali sulam).

 

STEP 7

Pastikan hasilnya jadi seperti ini dan basahkan simpulan ini dengan air. Jika ikatan tersebut bergumpal maka ia diperlu diulangi prosesnya.

 

STEP 8

Tarik dengan kuat kedua-dua tali ini hingga kelihatan lilitan tali perambut ke atas lilitan tali sulam dan perambut.

 

STEP 9

Tarik sekuat mungkin hingga lilitan terkumpul pada satu tempat sahaja. Kemudian bolehlah potong lebihan tali perambut.

Published by
Amang