Umpan Knot – Ikatan Perambut Kejutan!!

Share

 

Shock leader knot adalah satu ikatan untuk menghubungkan perambut (leader) dengan tali utama (tali sulam).

Ia adalah satu ikatan yang kuat dan amat sesuai untuk digunakan dalam pancingan teknik dasar (bottom) khususnya pancingan dasar di laut lepas.

 

Step 1

Buatkan satu simpulan biasa (over hand knot) pada hujung leader (perambut).

 

 

Step 2

Masukkan tali utama (tali sulam) ke dalam simpulan pada leader tersebut.

 

 

Step 3

Ketatkan simpulan pada leader dengan seketat mungkin.

 

 

Step 4

Biarkan satu loop (lingkaran) sebelum membuat lilitan pada leader.

 

 

Step 5

Buatkan sekurang-kurangnya 7 lilitan pada leader tersebut.

 

 

Step 6

Lilit kembali dengan jumlah yang ke arah bertentangan.

 

 

Step 7

Masukkan hujung tali utama ke dalam loop dan lilitkan pada leader.

 

 

Step 8

Step lilitkan sekali lagi pada leader tersebut.

 

 

Step 9

Tarik perlahan-lahan hujung dan tali utama sambil menyusun simpulan yang terhasil.

 

 

Step 10

Kemaskan semua simpulan dengan seketat-ketatnya.

 

 

Step 11

Potong lebihan hujung tali utama dan leader dan kemudian bakarkan sedikit hujungnya.

 

 

Ikatan seterusnya Umpan T&T – DIY Hardwire knot

Video Tutorial

 

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

Published by
Amang