Kelebihan fly fishing ialah anda boleh menghasilkan sendiri umpan tiruan berkonsepkan umpan alami bersaiz kecil dan sukar untuk dimainkan dalam teknik pancingan yang lain. Kali ini kita tiru pula umpan udang putih.
Bahan & alatan
1-vise
2-gunting
3-bobbin holder
4-whipe finishing
5-mustad hook #8 (bengkokkan menyerupai badan udang)
6-buck tail warna putih
7-poly yarn warna putih
8-tali tangsi mono 20lb
9-UNI thread warna putih
10-Uv clear fly finish (epoxy)
11-Uv torch light
12-Flashbou
13-flasher
14-dubbing material warna hijau
Tutorial 1
Ambil tali tangsi dan lipatkannya, kemudian ikat sehingga ke bahagian lengkungan mata untuk membuat penyepit udang.
Tutorial 2
Potong sedikit tali tangsi tadi dan bakar menggunakan lighter kedua-dua bahagian dengan berhati-hati sehingga kelihatan bulat utk membuat mata udang.
Tutorial 3
Ikatkan mata yang sudah siap dibakar tadi pada bahagian belakang, bengkokkan sedikit supaya mata itu ke atas dan pastikan ikatannya kemas.
Tutorial 4
Ambil sedikit bucktail dan ikatkannya seperti dalam gambar untuk dijadikan sesungut udang.
Tutorial 5
Kemudian ambil pula sedikit flasher. Tujuan flasher ini adalah untuk memberi daya penarik umpan supaya kelihatan berkilau-kilau apabila di dalam air.
Tutorial 6
Seterusnya lilitkan polyarn pada bahagian depan dan lilitkan dubbing material berwarna hijau sehingga ke bahagian tengah dan sambung semula lilitkan polyarn hingga ke bahagian ekor.
Tutorial 7
Ikat scud back berwarna transparent bermula dari bahagian ekor, scud back adalah material dari getah, kondom adalah bahan yang sesuai untuk dijadikan scudback.
Tutorial 8
Ambil 2 helaian flasbou dan ikat pada bahagian ekor. Kemudian lilitkan benang berselang ke depan sehingga sampai ke bahagian perut berwarna hijau.
Tutorial 9
Matikan ikatan pada bahagian tengah dan ikatkan dengan kemas. Potong bahagian sesungut supaya kelihatan lebih kemas.
Tutorial 10
Letakkan uv fly finish atau epoxy untuk mencipta kelongsong udang, hasilkan bentuk kulit udang dengan kemas.
Tutorial 11
Jika dah dapatkan bentuk yang diinginkan, keringkan epoxy tadi menggunakan uv torch light. Seeloknya jemur di bawah sinaran matahari untuk pastikan ia betul-betul kering.
Kreh knot merupakan salah satu contoh ikatan bagi menghubungkan perambut dengan terminal tackle seperti gewang tanpa menggunakan klip atau kili. Ia merupakan ikatan terbaik jika anda menggunakan tali mono untuk mengilat.
Sekiranya anda menggunakan tali sulam sebagai tali utama yang disambung dengan leader, ia agak kurang praktikal kerana akan menyebabkan leader menjadi semakin pendek apabila perlu dipotong untuk menukar gewang.
Tutorial 1
Buatkan satu simpulan biasa kira-kira sejengkal dari hujung tali. Bulatan simpulan ini jadikan kecil saja dan tak perlu diketatkan.
Tutorial 2
Masukkan hujung tali ke dalam ring gewang atau eye mata kail. Biarkan ring gewang mengenai simpulan yang hasilkan tadi.
Tutorial 3
Hujung tali yang memasuki ring gewang itu kemudiannya dimasukkan pula ke dalam simpulan yang dihasilkan tadi.
Tutorial 4
Bahagian hujung tali itu kemudiannya dililitkan pada tali utama melepasi simpulan. Buat lilitan sekurang-kurangnya 3 hingga 5 kali. Jika tali perambut halus, sebaiknya 5 kali dan perambut kasar 3 kali sahaja.
Tutorial 5
Hujung tali itu kemudiannya dimasukkan kembali ke dalam gelung simpulan menuju ke arah gewang.
Tutorial 6
Kemudian tarik bahagian hujung tali dan pangkal tali bersama-sama. Dalam pada masa yang sama pastikan gelung yang dihasilkan di depan ring gewang tidak terlalu kecil dan tidak terlalu besar. Tujuan gelung di hadapan gewang ini adalah bagi membolehkan gewang beraksi dengan bebas.
Tutorial 7
Tutorial seterusnya adalah mengetatkan simpulan. Lepaskan bahagian hujung tali dan tarik bahagian pangkal tali serta badan gewang. Tarik sehingga simpulan betul-betul ketat.
Tutorial 8
Potong lebihan hujung tali dan ikatan kreh telah siap. Ikatan ini hampir menyamai beberapa ikatan yang seumpamanya. Ia hampir menyamai Rapala knot cuma berbeza sudut selitan hujung tali di dalam gelung. Namun kedua-dua sama-sama kuat ikatannya.
Ikatan ini sesuai untuk menyambung perambut nylon atau tali sulam dengan mata kail atau kili atau juga gewang yang memiliki cincin. Boleh dikatakan ia merupakan ikatan penyambungan paling asas dan mudah untuk dibuat.
Ikatan ini juga sangat kuat dan simpulan akan menjadi lebih kuat dan tidak mudah terlerai apabila menarik ikan bersaiz besar. Jom buat!
Cara 1
Potong terlebih dahulu tali perambut yang akan digunakan untuk mengikat mata kail.
Cara 2
Masukkan hujung perambut kira-kira seinci ke dalam lubang cincin melalui bahagian bawah.
Cara 3
Pegang hujung perambut pada teras mata kail untuk membuat lilitan.
Cara 4
Mulakan lilitan perambut pada teras mata kail ke arah mata kail.
Cara 5
Lakukan lilitan dengan kemas.
Cara 6
Buatkan sekurang-kurangnya lima lilitan.
Cara 7
Masukkan pangkal perambut ke dalam cincin mata kail juga dari bahagian bawah.
Cara 8
Tarik bahagian pangkal perambut dengan ketat dan kemudian potong lebihan hujungnya.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...