Langkah 1
Masukkan hujung perambut ke dalam cincin mata kail kira-kira sejengkal (pastikan mata kail yang digunakan memiliki lubang cincin yang luas).
Kemudian buat simpulan mati pada hujung perambut. Pastikan simpulan ini diketatkan dengan sekuat mungkin. Gunakan player untuk menariknya dengan kuat.
Langkah 2
Buat simpulan mati kedua dengan membelitkan hujung perambut dengan bahagian perambut utama (bahagian perambut sebelum memasuki lubang cincin mata kail).
Langkah 3
Jerut simpulan yang dihasilkan dengan teliti dan pastikan simpulan mati pertama yang dihasilkan tadi berada di luar jerutan kedua.
Langkah 4
Tarik bahagian perambut utama sehingga jerutan kedua yang dihasilkan itu merapati bahagian cincin mata kail. Jerut dengan sekuat yang mampu sehingga jerutan pertama
tertekan pada jerutan kedua. Jerutan pertama ini sebenarnya adalah stopper kepada ikatan ini.
Langkah 5
Tarik ikatan dengan menggunakan playar bagi memegang mata kail. Selepas itu potonglah lebihan tali pada bahagian hujung tali.
Ikatan yang dihasilkan tidak akan berlerai walaupun kelihatan tidak mampat. Namun inilah kunci kekuatan ini sebenarnya. Dalam tempoh kurang dari seminit ia sudah disiapkan!