Hook knot merupakan salah satu teknik ikatan untuk menghubungkan mata kail dengan tali utama ataupun perambut (leader).
Ia satu teknik ikatan yang agak mudah dilakukan namun mampu menghasilkan satu ikatan yang kuat.
Cara 1
Masukkan tali perambut kira-kira sejengkal melalui lubang cincin mata kail.
Cara 2
Masukkan kembali hujung tali perambut melalui lubang cincin arah hadapan.
Cara 3
Loloskan hujung tali ke dalam simpulan yang terhasil.
Cara 4
Kecilkan simpulan pertama yang terhasil tadi dengan menarik tali perambut utama.
Cara 5
Mulakan lilitan dengan bahagian hujung tali perambut pada teras mengarah ke mata kail.
Cara 6
Lakukan 5-7 kali lilitan dan masukkan hujung tali perambut ke dalam simpulan.
Cara 7
Basahkan lilitan tali perambut dan tarik kedua-dua tali perambut perlahan-lahan.
Cara 8
Pastikan lilitan tersusun kemas kemudian barulah tarik ikatan sehingga kemas.
Cara 9
Potong lebihan hujung tali perambut dan ikatan telah siap untuk digunapakai.