Umpan Knot – Cara Mudah Buat Ikatan Gewang!!

Share

 

Langkah 1

Buatkan satu simpulan biasa kira-kira sejengkal dari hujung tali. Bulatan simpulan ini jadikan kecil saja dan tak perlu diketatkan.

 

Langkah 2

Masukkan hujung tali ke dalam ring gewang atau eye mata kail. Biarkan ring gewang mengenai simpulan yang hasilkan tadi.

 

Langkah 3

Hujung tali yang memasuki ring gewang itu kemudiannya dimasukkan pula ke dalam simpulan yang dihasilkan tadi.

 

Langkah 4

Bahagian hujung tali itu kemudiannya dililitkan pada tali utama melepasi simpulan. Buat lilitan sekurang-kurangnya 3 hingga 5 kali. Jika tali perambut halus, sebaiknya 5 kali dan perambut kasar 3 kali sahaja.

 

Langkah 5

Hujung tali itu kemudiannya dimasukkan kembali ke dalam gelung simpulan menuju ke arah gewang.

 

Langkah 6

Kemudian tarik bahagian hujung tali dan pangkal tali bersama-sama. Dalam pada masa yang sama pastikan gelung yang dihasilkan di depan ring gewang tidak terlalu kecil dan tidak terlalu besar. Tujuan gelung di hadapan gewang ini adalah bagi membolehkan gewang beraksi dengan bebas.

Langkah 7

Langkah seterusnya adalah mengetatkan simpulan. Lepaskan bahagian hujung tali dan tarik bahagian pangkal tali serta badan gewang. Tarik sehingga simpulan betul-betul ketat.

Langkah 8

Potong lebihan hujung tali dan ikatan kreh telah siap. Ikatan ini hampir menyamai beberapa ikatan yang seumpamanya. Ia hampir menyamai Rapala knot cuma berbeza sudut selitan hujung tali di dalam gelung. Namun kedua-dua sama-sama kuat ikatannya.

 

Published by
Amang