Buatkan satu simpulan biasa kira-kira sejengkal dari hujung tali. Bulatan simpulan ini jadikan kecil saja dan tak perlu diketatkan.
Langkah 2
Masukkan hujung tali ke dalam ring gewang atau eye mata kail. Biarkan ring gewang mengenai simpulan yang hasilkan tadi.
Langkah 3
Ads
Hujung tali yang memasuki ring gewang itu kemudiannya dimasukkan pula ke dalam simpulan yang dihasilkan tadi.
Langkah 4
Bahagian hujung tali itu kemudiannya dililitkan pada tali utama melepasi simpulan. Buat lilitan sekurang-kurangnya 3 hingga 5 kali. Jika tali perambut halus, sebaiknya 5 kali dan perambut kasar 3 kali sahaja.
Ads
Langkah 5
Hujung tali itu kemudiannya dimasukkan kembali ke dalam gelung simpulan menuju ke arah gewang.
Ads
Langkah 6
Kemudian tarik bahagian hujung tali dan pangkal tali bersama-sama. Dalam pada masa yang sama pastikan gelung yang dihasilkan di depan ring gewang tidak terlalu kecil dan tidak terlalu besar. Tujuan gelung di hadapan gewang ini adalah bagi membolehkan gewang beraksi dengan bebas.
Langkah 7
Langkah seterusnya adalah mengetatkan simpulan. Lepaskan bahagian hujung tali dan tarik bahagian pangkal tali serta badan gewang. Tarik sehingga simpulan betul-betul ketat.
Langkah 8
Potong lebihan hujung tali dan ikatan kreh telah siap. Ikatan ini hampir menyamai beberapa ikatan yang seumpamanya. Ia hampir menyamai Rapala knot cuma berbeza sudut selitan hujung tali di dalam gelung. Namun kedua-dua sama-sama kuat ikatannya.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Simpulan pada batang mata kail kadang-kadang boleh mengganggu untuk mencangkuk umpan menerusi mata. Bagi membolehkan umpan seperti hirisan kelapa sawit dapat dicangkuk rapat menutup mata kail atau hingga ke tali perambut, anda bolehlah melakukan ikatan jenis grinner ini.
Tutorial 1
Masukkan hujung tali ke lubang cincin mata atau swivel.
Tutorial 2
Buat satu lingkaran ke arah mata kail dari bawah tali utama.
Tutorial 3
Tindakan lingkaran yang dihasilkan pada tali utama dan lakukan lilitan pada tindanan tali tersebut.
Tutorial 4
Buat lima atau enam lilitan mengelilingi tali utama melalui lingkaran yang dihasilkan.
Tutorial 5
Basahkan sedikit simpulan yang dihasilkan dan tarik hujung tali perlahan-lahan.
Tutorial 6
Pegang mata kail dan kemudian tarik tali utama sehingga simpulan merapati cincin mata kail.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...