Dedak (apa saja jenis dedak termasuklah dedak ayam)
Pelet
Serbuk pes belangkas Ulong
Air
Mata bom
Langkah 1
Masukkan apa saja jenis dedak (1kg) ke dalam kekas bancuhan umpan.
Ads
Langkah 2
Masukkan pula satu bungkus serbuk pes belangkas.
Langkah 3
Gaul dedak dan serbuk belangkas sehingga sekata.
Ads
Langkah 4
Masukkan air (air sungai atau kolam) sedikit demi sedikit sehingga bancuhan sesuai dikepal. Jika sungai yang berarus, sebaiknya bancuhan sedikit liat dan tidak mudah peroi.
Langkah 5
Ambil mata bom dan cucuk 1 atau 2 biji pelet yang telah dilembutkan dengan air dan digaul dengan serbuk pes belangkas.
Ads
Langkah 6
Kepal bancuhan dedak pada spring yang ada pada set mata bom atau mata rambai.
Langkah 7
Umpan yang siap untuk digunakan. Sekiranya arus agak laju, gunakan batu ladung yang sesuai agar umpan ini tidak hanyut.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
41. Pada 6 May 2012, Frank Sholtz berpeluh untuk menewaskan seekor yellowfin tuna di perairan Cape Point, Afrika Selatan. Beliau mengambil masa sehingga 6 jam untuk menewaskan tuna sirip kuning seberat 235.5lb tersebut. Perghhh!
42. Dengan menggunakan fly buatan sendiri dan bertarung selama 25 minit, Fouad Sahiaoui akhirnya berjaya menewaskan swordfish (ikan pedang) seberat 89lb 15oz di perairan Watamu, Kenya.
43. Pada 12 November 1989, James Orthwein berjaya mendaratkan seekor bonefish seberat 12lb di perairan Bimini, Bahamas, AS.
44. Pada 25 Oktober 1997, Fouad Sahiaoui yang kerap mendaratkan ikan monster sekali lagi berjaya mendaratkan white marlin (mersuji putih) di perairan Mohammedia, Morocco.
45. Pada 4 Ogos 2011, Gregory Myerson berjaya menewaskan seekor striped bass seberat 81lb 14oz di Westbrook, Connecticut.
46. Bertempat di perairan Pinas Bay, Panama bertarikh 18 Januari 1962, Dr. Webster Robinson berjaya menewaskan ikan layaran Pasifik seberat 74lb 8oz.
47. Seekor dogtooth tuna (aya budak) seberat 147lb 14oz telah berjaya ditewaskan oleh H.T. Chittum III pada 18 Oktober 2005.
48. Pada 18 Ogos 1988, selepas bertarung selepas 65 minit, Genes Grimes berjaya menewaskan spesimen gergasi Pacific halibut seberat 244lb.
49. Pada 17 February 2012, Nathan Adams berjaya menewaskan monster seberat 739lb 6oz. Pacific bluefin tuna gergasi itu dipancing di perairan New Zealand.
50. Selepas bertarung selama 7 jam, Stewart Campbell pula berjaya menumbangkan Altalantic bigeye tuna seberat 329 lb. Atlantic bigeye tuna tersebut didaratkan pada 5 May 1986 di perairan Abidjan, Ivory Coast, Afrika.
51. Sophi Grover berjaya menumbangkan striped marlin seberat 194lb di perairan Port Stephens, New South Wales, Australia pada 10 January 2010.
52. Atlantic blue marlin seberat 208lb berjaya ditangkap pada 20 May 1994 di perairan La Guaira Bank, Venezuela oleh Charlie Tombras.
53. Pacific blue marlin seberat 296lb 14oz berjaya ditangkap di perairan Bateman’s Bay, Australia, oleh lady angler Melanie Kisbee dengan memakan masa selama 90 minit.
54. Lady angler berusia 15 tahun, Sara Hayward berjaya menewaskan cobia (aruan tasik) seberat 184lb di perairan Cabo San Lucas, Mexico pada 29 July 2005.
55. Pada 7 September 1974 di perairan Salinas, Ecuador, Santiago Maspons berjaya menewaskan Pasific sailfih seberat 168lb.
56. Pada 5 Julai 1993, selepas mengarau kekili hanya selama 6 minit, Jerry Dunaway berjaya menewaskan Pacific sailfish seberat 111lb. Pertarungan hebat itu itu berlangsung di perairan Flamingo Bay, Costa Rica.
57. White marlin seberat 181lb 4oz dari perairan Vitoria, Brazil berjaya dikalahkan oleh Evandro Coserin pada 8 December 1979.
58. Pada 22 February 2010, David Kahlenberg berjaya menangkap seekor mako shark seberat 150lb 5 ounce di perairan North Wale Island, New Zealand.
59. Pada 4 January 2007, Gary Carter berjaya mengalahkan dolphin seberat 58 pound, 30unce di periaran Panama.
60. George Hogan berjaya menewaskan tarpon gergasi seberat 106lb di perairan Marathon, Florida pada tarikh 10 Jun 1992.
Boleh dikatakan hampir semua ikan di laut memiliki duri sirip yang tajam. Namun tidak semua duri sirip yang tajam itu mengandungi bisa. Berikut disenaraikan ikan-ikan yang memiliki duri berbisa atau duri yang tajam mudah melukakan.
Baji
Bartail flathead, pada asasnya ikan baji tidak menggigit atau memiliki sirip berduri yang berbisa. Tetapi perlu diawasi pada dua baji (duri tajam) di kiri dan kanan berdekatan bahagian kepala. Elakkan memegang bahagian kepala ikan ini dengan tangan kerana duri yang terselindung di bahagian kepala ini boleh melukakan tangan anda dengan mudah dan setajam pisau. Gunakan pelayar atau alatan yang sesuai untuk mengeluarkan mata kail dari mulutnya.
Pari
Stingray atau ikan pari merupakan ikan yang berbentuk leper dan sering berada pada dasar badan air. Ketika mengendalikan ikan pari, perhatian harus diberikan kepada bahagian ekornya. Duri sengatan ikan pari yang terletak di sebalik ekornya sangat berbisa dan mampu memberikan kecederaan teruk. Sesetengah kes sengatan pari mampu membawa kepada kematian.
Ketuka
Scaly whipray atau ikan ketuka mempunyai bentuk badan yang hampir sama dengan ikan pari. Namun saiz ikan ketuka lebih kecil tetapi lebih berbisa sengatnya. Ikan ketuka juga mempunyai sengatnya di sebalik ekornya seperti pari. Sengat ikan ini mampu mendatangkan kecederaan yang teruk jika tidak dirawat.
Debam jalur
Lined Surgeonfish atau debam jalur merupakan ikan yang bersifat kewilayahan dan menghuni kawasan berbatu karang. Spesies ini biasanya berada dalam kumpulan yang banyak. Debam jalur juga merupakan spesies yang sentiasa berenang dan sering dijadikan sebagai ikan hiasan. Pada bahagian kaudal atau ekornya, terdapat duri yang agak berbisa dan mampu mendatangkan kecederaan jika terkena pada anggota badan.
Talang pandan
Needlescaled queenfish atau Ikan talang lampai dewasa biasanya berlegar di permukaan air dalam kawanan kecil. Ikan ini akan memburu ikan kecil sebagai makanannya. Terdapat duri pada sirip dorsal dan sirip analnya yang sesetengahnya mempunyai toksin yang berbisa.
Sebekah karang
Three-spot squirrelfish atau ikan sebekah karang, juga disebut lolong bara hidup di kawasan yang kaya dengan terumbu karang sehingga kepada kedalaman sedalam 40 meter. Selalunya spesies ini bersembunyi di kawasan berbatu dan terlindung. Spesies ini biasanya menjadikan waktu malam sebagai masa memburu makanannya seperti udang dan ketam bentik. Pada bahagian operkulumnya, terdapat duri yang berbisa dan mampu mencederakan jika terkena sengatannya.
Sembilang
Gray eel-catfish atau ikan sembilang terkenal bagi kebanyakan kaki pancing yang gemar memancing pesisir pantai. Bentuknya badannya tidak bersisik dan licin. Selain itu, ikan sembilang juga mempunyai rasa yang agak sedap. Ketika mengendalikan spesies ini, kita perlu berhati-hati dengan sengat atau duri pada bahagian dorsal dan juga sepasang duri pektoralnya. Sengatan sembilang agak berbisa dan mampu mendatangkan rasa berdenyut dan sakit berterusan jika tidak dirawat segera.
Usat-Usat
Striped eel catfish atau Usat, sembilang karang juga mendiami kawasan yang mempunyai karang. Warna badannya berbeza berbanding sembilang biasa. Ikan sembilang karang mempunyai warna yang lebih cerah dan mempunyai jalur pada badannya. Seperti ikan sembilang, ikan sembilang karang juga mempunyai duri yang berbisa dan mendatangkan kesan buruk jika disengat.
Duri
Dengan nama umumnya sea catfish atau ikan duri ialah spesies daripada genus Arius ini merupakan antara spesies yang sering dinaikkan. Ikan duri mempunyai tiga duri yang tajam dan keras. Duri yang digunakan untuk mempertahankan dirinya ini terletak pada sepasang sirip pektoralnya serta sebatang duri yang mampu menegak pada bahagian sirip dorsal di atas badannya.
Memancing di atas sampan atau bot (mengebot) memang mempunyai kelebihannya yang tersendiri.
Khususnya kepada kaki pancing terutama jika mahu meneroka lubuk yang lebih berpotensi tidak kiralah ditengah laut, tasik mahupun sungai.
Tetapi harus diingat, biarpun ada kelebihan memancing di atas bot, namun risiko terdedah kepada bahaya juga amat tinggi.
Berikut merupakan beberapa langkah keselamatan yang boleh diambil kira ketika memancing di atas bot:
Jaket keselamatan
Sentiasa memakai jaket keselamatan yang diikat kemas pada badan (jangan hanya menyarung pada badan tanpa mengikatnya).
Dan pastikan juga jika menggunakan jaket keselamatan berkenaan mampu mengapungkan berat anda, tidak kira jenis jaket keselamatan yang digunakan.
Minyak ekstra
Jika anda memiliki bot dan enjin sendiri, pastikan bot dan enjin berada dalam keadaan baik sebelum keluar memancing.
Begitu juga jika anda adalah seorang tekong. Jangan abaikan perkara ini. Juga pastikan kelengkapan peralatan membaiki dan minyak tambahan mencukupi.
Jaga mulut
Jaga adab dan tutur kata ketika memancing di tengah laut mahupun kawasan terpencil di sungai pergunungan.
Yang penting sekali mulut jangan CABUL! Kecuali korang memancing seorang diri.
Ribut
Waspada terhadap ancaman ribut. Jika boleh, tamatkan trip atau cari kawasan berlindung dengan segera sebelum ribut melanda.
Lampu suluh
Bawalah lampu suluh walaupun tidak bercadang untuk pulang lewat petang atau malam. Ia umpama sediakan payung sebelum hujan kerana tiada siapa yang dapat menjangkakan apa yang bakal berlaku.
Tunggul
Sentiasa waspada terhadap tunggul kayu atau kayu balak hanyut tidak kiralah di sungai atau laut. Banyak kejadian sampan terbalik gara-gara melanggar kayu hanyut.
Ribut petir
Elakkan memegang joran ketika hujan lebat atau ribut petir untuk elakkan risiko daripada terkena renjatan elektrik. Barang-barang elektronik pada bot juga boleh terjejas jika joran disambar kilat.
Jangan gelojoh
Untuk casting di dalam bot, adalah lebih baik jika pemancing bertolak ansur untuk cast dan harus sentiasa memastikan jarak yang selamat sebelum melontar gewang.
Casting di atas sampan merupakan risiko paling tinggi terkena mata tiga gewang.
Peti perubatan
Bawa peti keselamatan yang lengkap dengan ubat-ubatan dan sewaktu dengannya. Kemalangan sememangnya tidak berbau.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...