Umpan Ikan Keli Abah!!

Share

 

Ikan keli abah bukanlah bermaksud ikan keli itu abah kita yang punya, tetapi ia membawa maksud ikan keli yang besar. Nak Memancing ikan keli bersaiz besar ini bukanlah mudah, ia memerlukan ramuan umpan yang padu untuk membuka seleranya.

 

Bahan-Bahan Keperluan:

 

1 Paket daging burger ayam frozen

2 biji telur itik

Tepung jagung

 

Cara Penyediaan:

 

→  Nyah beku terlebih dulu 1 paket daging burger ayam di dalam bekas. Kemudian hancurkannya dengan cara meramasnya.

 

→  Kemudian pecahkan dua bijir telur itik ke atas daging burger dan gaul hingga ia sekata.

 

→  Ambil kira-kira segenggam tepung jagung dan campur bersama adunan daging dan telur itik tadi. Gaul dan uli sehingga ia menjadi doh yang boleh dikepalkan pada mata kail.

 

→  Peram doh ini semalaman di dalam bekas bertutup dan keesokan harinya ia sudah boleh digunakan untuk memancing ikan keli.

 

 

Published by
Amang