Ikan keli abah bukanlah bermaksud ikan keli itu abah kita yang punya, tetapi ia membawa maksud ikan keli yang besar. Nak Memancing ikan keli bersaiz besar ini bukanlah mudah, ia memerlukan ramuan umpan yang padu untuk membuka seleranya.
Bahan-Bahan Keperluan:
1 Paket daging burger ayam frozen
2 biji telur itik
Ads
Tepung jagung
Cara Penyediaan:
Ads
→ Nyah beku terlebih dulu 1 paket daging burger ayam di dalam bekas. Kemudian hancurkannya dengan cara meramasnya.
→ Kemudian pecahkan dua bijir telur itik ke atas daging burger dan gaul hingga ia sekata.
Ads
→ Ambil kira-kira segenggam tepung jagung dan campur bersama adunan daging dan telur itik tadi. Gaul dan uli sehingga ia menjadi doh yang boleh dikepalkan pada mata kail.
→ Peram doh ini semalaman di dalam bekas bertutup dan keesokan harinya ia sudah boleh digunakan untuk memancing ikan keli.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Berikutan timbul rasa geli dan tidak tergamak untuk membunuh seekor katak, kemudian dipotong kecil-kecil untuk dijadikan umpan memancing belut, saya mengambil keputusan untuk melakukan satu ujikaji umpan.
Memang tidak dinafikan daging katak merupakan umpan yang paling berkesan berbanding umpan-umpan lain.
Namun saya lebih yakin bahawa belut akan tertarik keluar dari lubangnya adalah disebabkan oleh rangsangan deria bau.
Dalam erti kata lain, apa saja objek yang menghasilkan bau seperti bau diet makanannya yang digoncang pada mulut lubangnya, pasti akan menarik belut keluar untuk menyiasat.
Oleh kerana itulah saya terfikir untuk mengujinya dengan menggunakan gewang soft plastic dan minyak perisa aroma katak.
Kebetulan saya ada bawanya bersama yang lazimnya digunakan untuk casting haruan.
Untuk itu saya terpaksa korban seketul gewang soft plastic kerana perlu dipotong-potong kecil.
Ketulan kecil soft plastic itu kemudiannya dilumurkan dengan minyak berpirasa aroma katak. Kaedahnya sama sahaja jika menggunakannya untuk casting haruan.
Bezanya cuma soft plastic perlu dipotong kecil bagi memudahkan belut menelannya.
Saya tidak pasti jika umpan ujikaji ini berkesan jika dilakukan pada siang hari. Ini kerana belut mungkin dapat lihat rupa bentuk soft plastic cacat itu.
Tapi ujikaji pada malam tersebut ternyata berkesan. Walaupun nisbah purata strike agak ketinggalan berbanding katak sebenar, namun ia terbukti berkesan untuk dicuba sebagai umpan alternatif bagi penggeli katak seperti saya.
Pasti ramai peminat pancingan kolam air tawar yang sering mengimpikan tarikan ikan-ikan bersaiz aboh. Namun, tak ramai mengetahui teknik yang betul penyediaan umpan terutamanya menggunakan umpan roti untuk memikat sang patin, mekong ataupun tongsan.
Jadi, untuk entri DIY kali ini, kami bermurah hati untuk mengajar korang teknik memotong roti yang betul untuk memikat spesies-spesies top kolam air tawar.
Pada asasnya, ada 3 Tutorial potongan roti yang mesti diketahui oleh kaki pancing di dalam penyediaan umpan yang berasaskan roti ini.
Untuk makluman, penyediaan roti ini belum dimasukkan sebarang perisa. Kaki pancing boleh memilih sendiri pes atau perisa yang digemari untuk lebih menarik perhatian ikan.
Selamat mencuba!
SEGMEN 1
(Potongan roti pada tali mata atau inti)
Tutorial 1
Satu keping roti dipotong kulitnya dan dipotong kepada 3 bahagian.
Tutorial 2
Setiap kepingan tadi dipotong lagi kepada 3 bahagian dan hasilnya seperti ini.
Tutorial 3
Kepingan yang terhasil ini dimasukkan ke dalam mata kail dan ditembuskan terus kepada tali mata seperti dalam gambar.
SEGMEN 2
(Potongan roti yang dikepal pada mata kail)
Tutorial 1
Satu keping roti dipotong kulitnya dan dipotong kepada 4 bahagian (supaya jadi lebih kecil).
Tutorial 2
Setiap kepingan tadi dipotong lagi kepada 4 bahagian dan hasilnya seperti dalam gambar.
Tutorial 3
Ambil 3 kepingan kecil ini dan 1 kepingan dicangkukkan pada mata kail dan ditembuskan pada tali. Manakala 2 kepingan lagi dicangkukkan pada mata kail sahaja seperti dalam gambar.
Tutorial 4
Gabungan hasil potongan roti pada Tutorial 1 & 2 ini kemudiannya ditekan dengan jari untuk menjadi rapat (jangan tekan terlalu kuat).
Tutorial 5
Ia kemudiannya dikepal dengan tangan seperti ini.
Tutorial 6
Dan hasilnya seperti ini.
SEGMEN 3
(Potongan roti untuk dikepal bahagian luar)
Tutorial 1
Satu keping roti dipotong kulitnya dan dipotong kepada 5 bahagian.
Tutorial 2
Setiap kepingan itu kemudiannya dipotong lagi kepada 5 bahagian (kepingan roti menjadi lebih kecil berbanding Tutorial 1 & 2).
Tutorial 3
Kemudian ambil sebahagian kepingan ini dan letakkan pada tangan seperti dalam gambar.
Tutorial 4
Kepalan yang terhasil pada perambut mata seperti yang dilakukan pada Tutorial 1 & 2 tadi kemudiannya diletakkan diatas kepingan roti yang dipotong kecil tadi. Pastikan perambut mata berada di hujung jari seperti dalam gambar.
Tutorial 5
Kemudian, lebihan kepingan kecil roti ditambah untuk menutupi perambut mata yang diletakkan tadi.
Tutorial 6
Tutorial terakhir, kepalkan semuanya hingga menjadi seperti ini. Siap dan boleh digunakan.
Penggunaan esen pisang amat meluas dalam penyediaan umpan bagi pancingan ikan air tawar terutamanya di kolam-kolam pancing. Ia jelas membuktikan bahawa pisang juga merupakan satu diet kepada beberapa spesies ikan air tawar.
Dalam perkongsian ini kami tunjukkan bagaimana caranya untuk jadikan pisang emas sebagai umpan memancing ikan. Kalau ikan tak nak makan pun, korang boleh makan pisang ni. Taklah membazir kalau kumpau.
Bahan-Bahan
Pisang (embun atau emas)
Perambut 3 mata kail
Mata kail teras panjang (long shank)
Straw
Manik polisterin
Cara Penyediaan
Tutorial 1
Potong pisang dalam anggaran 1-2 inci dan kupas kulitnya secara memanjang.
Tutorial 2
Kulit pisang itu kemudian dijadikan tapak umpan dan potong lebihan pada sekelilingnya.
Tutorial 3
Ambil mata kail paling tengah dari perambut 3 mata kail dan cangkukkan kulit pisang yang dijadikan tapak umpan.
Tutorial 4
Masukkan straw pada mata kail tersebut (straw hanya membalut teras mata sahaja).
Tutorial 5
Masukkan pisang melalui pangkal perambut dan melekap pada mata kail dan tapak umpan.
Tutorial 6
Cangkukkan 3-4 manik polisterin pada dua lagi mata kail daripada perambut 3 mata kail.
Tutorial 7
Cangkukkan dua mata kail tersebut pada bahagian sisi umpan dan ia sudah boleh digunakan sebagai umpan memancing.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...