NAMA: MOHD FAIZ BIN ZAKARIA
UMUR: 32 TAHUN
LOKASI: KUALA NERANG, KEDAH
NAMA PRODUK: WITT DESIGN LURES HANDMADE
UMPAN: Sejak bila bergelar pengusaha gewang memancing?
WITT DESIGN: Saya mula menjual gewang pada tahun 2017 dan mula membuat gewang handmade pada tahun 2015 hanya untuk kegunaan sendiri. Pada permulaannya saya membuat jumpfrog dan sedikit gewang untuk memikat sebarau.
Jom like & See First page portal memancing terbaru – www.facebook.com/umpanmania101
UMPAN: Kenapa anda memilih usaha ini?
WITT DESIGN: Pada mulanya saya sekadar mengisi masa lapang dan juga minat mendalam terhadap seni kraf dari kayu. Jadi saya mula membuat gewang untuk kegunaan sendiri dan lama kelamaan ada kawan-kawan tahu dan meminta saya membuat gewang untuk memburu GT dan lain-lain sepsis ikan. Setelah permintaan gewang untuk “big game” seperti popper dan stickbait meningkat maka saya mengambil keputusan untuk membuat gewang sepenuh masa.
UMPAN: Apa rintangan dan harapan dalam meneruskan usaha ini?
WITT DESIGN: Pada awal pembuatan cuma peralatan dan masa namun setelah setahun, saya telah membeli beberapa mesin untuk membantu memudahkan kerja saya. Dari segi masa juga terdapat sedikit kekangan kerana isteri saya bekerja sebagai anggota tentera yang berkerja tidak tentu masa menyebabkan saya perlu fokus pada keluarga dan menguruskan anak-anak sekiranya beliau tiada.
Selain itu saya juga mempunyai pekerjaan sampingan untuk menambah pendapatan. Harapan saya agar pemancing di Malaysia sentiasa memberi sokongan pada jenama buatan anak tempatan yang lain. Pendapat dan sumbangan idea para sahabat amat saya alu-alukan demi penambahbaikan hasil tangan saya di masa hadapan. Impian saya, semoga hasil tangan saya dan sahabat yang lain mampu berada setanding dengan jenama luar negara dan terkenal di pasaran dalam dan luar negara.
Jom like & See First page portal memancing terbaru – www.facebook.com/umpanmania101
UMPAN: Ceritakan apakah kelebihan produk anda?
WITT DESIGN: Kelebihan produk saya adalah rekabentuk mengikut citarasa pelanggan yang menempah. Ada yang menempah menggunakan rekaan mereka sendiri dan ada juga yang meminta idea rekaan dari saya. Saya juga mengenakan kadar bayaran deposit yang rendah. Namun ianya terpulang pada pelanggan. Dari segi warna, berat dan saiz rekaan juga pelanggan boleh membuat pilihan mengikut citarasa mereka.
UMPAN: Ceritakan sedikit pencapaian yang membanggakan dalam bidang memancing yang pernah diperolehi?
WITT DESIGN: Perkara yang membanggakan saya ialah mendapat sokongan padu dari anglers dan para sahabat. Mereka ini yang banyak mempromosikan gewang saya. Sokongan dari sahabat semua menjadi pemangkin untuk saya lebih bersemangat meneruskan usaha gewang hand made saya ini . Saya ingin merakamkan jutaan terima Kasih kepada mereka yang menyokong saya dari awal penglibatan saya sehingga sekarang. Akhir kata “ BIAR PATAH ROD, JANGAN PATAH SEMANGAT ”.
Jom like & See First page portal memancing terbaru – www.facebook.com/umpanmania101