Durian yang rasanya kurang sedap atau kurang berkualiti biasanya dijadikan tempoyak. Tapi bagi pemancing, durian sebegini sebenarnya boleh dimanfaatkan untuk dijadikan bahan perisa (bau) di dalam umpan. Ia ternyata berkesan dan lebih efektif berbanding menggunakan esen atau pes durian moden.
Bahan-bahan keperluan
2-3 Ulas durian
Yogurt
1 Kotak Santan kelapa kotak
Perisa Strawberi Original
Ibu roti segera
Cara penyediaan umpan
Masukkan 200 ml santan kelapa ke dalam botol atau bekas bancuhan. Kemudian masukkan kira-kira 3 sudu besar yogurt.
Masukkan pula isi durian dan bancuh bahan-bahan campuran hingga sekata.
Masukkan pula 3 sudu besar (atau 2 penutup botol) perisa strawberi original. Akhir sekali masukkan sedikit ibu roti segera. Perap seketika (satu jam) umpan ini sebelum digunakan.
Cara penggunaan umpan
Potong dadu satu bungkus roti sandwic ke dalam bekas bancuhan umpan.
Curahkan sos umpan sedikit demi sedikit ke atas roti dan goncang hingga sekata.
Cucuk 5 ketul roti dadu pada kedua-dua mata kail kemudian kepal roti dadu pada keduanya atau salah satu daripadanya.