Umpan Dedak Patin Es Doger

Share

 

Boleh dikatakan, hampir kesemua bahan paste perisa untuk makanan dan memancing yang terjual di pasaran boleh dipakai secara langsung dengan bahan umpan seperti roti, dedak atau pelet.

Atas sebab itu, bahan perisa ini boleh diolah dengan bahan-bahan lain dan dimasak untuk dijadikan bahan asas umpan yang mencakup. Umpan ini boleh juga digunakan bersama dedak hancur.

 

Bahan-Bahan Keperluan:

  • 300 ml Papa Paste Strawberi
  • 100 ml Es Doger Papa Paste
  • 100 ml Papa Paste Pisang Ambon
  • 50 gm gula batu tebu (hancurkan)
  • 1 Bekas kecil yogurt
  • 1 paket yis segera

 

Cara-cara penyediaan umpan:

 

Masukkan 300 ml pes strawberi dan 50 gm gula batu tebu yang telah dihancurkan. Kacau di atas api perlahan sehingga gula tebu larut sepenuhnya.

Masukkan kesemua bahan lain-lain ke dalam periuk dan kacau hingga sebati. Masak dengan api perlahan sehingga mendidih.

Setelah masak, sos atau adunan ini perlulah disejukkan. Setelah umpan sejuk masukkan ke dalam botol dan peram selama dua hari sebelum sesuai untuk digunakan.

Umpan ini boleh digunakan bersama roti, dedak dan juga palet. Umpan ini boleh disimpan lama tanpa tarikh luput.

 

Cara penggunaan umpan

 

Masukkan 10 penutup botol sos umpan papa cooking ke dalam 500 gm dedak 929. Gaul hingga sebati.

Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga bancuhan dedak sesuai untuk dikepal pada mata kail.

Untuk membolehkan dedak ini dikepal pada mata kail, terlebih dahulu mata kail perlu dicucuk dengan jajan atau keropok. Jajan ini berfungsi sebegai pemegang dedak daripada pecah berderai.

Published by
Amang