Boleh dikatakan, hampir kesemua bahan paste perisa untuk makanan dan memancing yang terjual di pasaran boleh dipakai secara langsung dengan bahan umpan seperti roti, dedak atau pelet.
Atas sebab itu, bahan perisa ini boleh diolah dengan bahan-bahan lain dan dimasak untuk dijadikan bahan asas umpan yang mencakup. Umpan ini boleh juga digunakan bersama dedak hancur.
Bahan-Bahan Keperluan:
300 ml Papa Paste Strawberi
100 ml Es Doger Papa Paste
100 ml Papa Paste Pisang Ambon
50 gm gula batu tebu (hancurkan)
1 Bekas kecil yogurt
1 paket yis segera
Ads
Cara-cara penyediaan umpan:
Masukkan 300 ml pes strawberi dan 50 gm gula batu tebu yang telah dihancurkan. Kacau di atas api perlahan sehingga gula tebu larut sepenuhnya.
Masukkan kesemua bahan lain-lain ke dalam periuk dan kacau hingga sebati. Masak dengan api perlahan sehingga mendidih.
Ads
Setelah masak, sos atau adunan ini perlulah disejukkan. Setelah umpan sejuk masukkan ke dalam botol dan peram selama dua hari sebelum sesuai untuk digunakan.
Umpan ini boleh digunakan bersama roti, dedak dan juga palet. Umpan ini boleh disimpan lama tanpa tarikh luput.
Ads
Cara penggunaan umpan
Masukkan 10 penutup botol sos umpan papa cooking ke dalam 500 gm dedak 929. Gaul hingga sebati.
Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga bancuhan dedak sesuai untuk dikepal pada mata kail.
Untuk membolehkan dedak ini dikepal pada mata kail, terlebih dahulu mata kail perlu dicucuk dengan jajan atau keropok. Jajan ini berfungsi sebegai pemegang dedak daripada pecah berderai.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Roti sandwich dan pelet makanan ikan merupakan dua jenis bahan umpan yang banyak digunakan di kolam-kolam pancing air tawar. Khususnya bagi memancing ikan spesies patin. Namun, pelet kosong tanpa sebarang campuran bahan perisa dan bau, umpama nasi kosong kepada manusia. Oleh yang demikian bahan perisa dan aroma tertentu diperlukan bagi mempercepatkan ikan mengesan umpan dan memakannya.
Bahan-Bahan Keperluan:
Pelet 920 (4kg)
Mama Essen Nenas Makassar (100ml)
Almond Oil (50ml)
Minyak Serai (100ml)
Air kelapa tua peram (2 liter)
Kelapa parut (2 biji)
Cara Penyediaan:
Masukkan 2 liter air kelapa peram di dalam bekas bancuhan umpan bertutup yang bersesuaian (mampu memuatkan 4 kg pelet).
Masukkan esen Mama Essen Nenas Makassar sebanyak 100 ml. Kemudian masukkan pula almond oil 50 ml dan minyak serai 100 ml. Gaul campuran ini hingga sekata.
Masukkan pelet 920 sebanyak 4 kg dan gaul sehingga pelet dapat meresap campuran bahan tadi.
Akhir sekali masukkan pula kelapa parut dan gaul hingga sekata. Tutup bekas ini peram bahan umpan ini kira-kira 3 hingga 5 hari sebelum digunakan. Bahkan semakin lama diperap semakin bagus hasilnya.
Selain digunakan secara terus (sebiji) dengan mencangkuknya pada mata kail, dihiris-hiris atau diperam terlebih dahulu, buah kelapa sawit juga boleh diproses untuk mendapatkan patinya. Pati sawit yang berlemak dan aroma inilah sebenarnya yang menjadi kesukaan kebanyakkan ikan air tawar terhadap buah sawit.
Berikut merupakan perkongsian cara-cara untuk menghasilkan pati (minyak) sawit yang boleh digunakan sebagai bahan perisa untuk dicampurkan dengan makanan ikan seperti roti atau untuk dijadikan umpan berkesan memancing ikan.
Cara Penyediaan:
Ambil kira-kira 50 biji buah sawit yang cukup masak dan tebal isinya.
Hiris atau racik sehalus mungkin sehingga keluar jusnya yang berminyak. Boleh juga hirisan halus ini dikisar untuk mendapatkan pati yang lebih banyak.
Cairkan dulu 1 tin kecil minyak sapi di dalam periuk kemudian masukkan pati sawit.
Masaklah dengan api kecil sehingga ia mendidih (menggelegak macam lahar gunung berapi) dan matikan api.
Biarkan ia menjadi sejuk, kemudian masukkan ke dalam bekas bertutup dan simpan di dalam peti sejuk.
Cara Penggunaan:
Apabila ingin menggunakan pati ini, panaskan saja setakat mana yang ingin digunakan. Kemudian campurkan dengan bahan perisa lain (perisa pandan atau strawberi) atau sos umpan lain yang diinginkan.
Untuk lebih berkesan, simpan pati campuran (umpan) ini di dalam bekas bertutup selama 3 hingga 5 hari sebelum digunakan bersama roti untuk memancing.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...