Adakalanya agak leceh untuk mencari umpan lazim pancingan sungai pergunungan seperti cacing tanah, sawit peram atau umpan tapa.
Malah untuk menggunakan umpan tapa yang berbau busuk juga tidak semua pemancing yang sanggup.
Untuk alternatif, Umpan Matsumoto ada ramuan sendiri bagi menggantikan umpan-umpan lazim tersebut.
Malah, ikan baung turut boleh dipancing dengan menggunakan umpan dedak gentel ini!
Bahan-Bahan Keperluan:
Cara-Cara Penyediaan Umpan
Langkah 1
Masukkan 500 gm atau lebih dedak 929 ke dalam bekas bancuhan.
Langkah 2
Campurkan sepaket Matsumoto serbuk perisa cacing tanah.
Langkah 3
Masukkan juga sepaket Matsumoto umpan ikan baung.
Langkah 4
Gaul campuran tersebut sehingga sekata.
Langkah 5
Campur sedikit umpan gam (setengah genggam) dan gaul lagi hingga sekata.
Langkah 6
Masukkan air sedikit demi sedikit.
Langkah 7
Gaul sehingga adunan menjadi lembut dan kenyal.
Langkah 8
Picitkan minyak Umpan 3D perisa cacing tanah kemudian gaul lagi.
Akhir sekali gentelkan adunan ini pada mata kail sebagai umpan.