Antara umpan paling popular yang mudah kita mengumpan sagai ialah anak sotong cumit hidup kurang sejengkal. Selain sotong hidup, sotong kecil segar, udang hidup serta anak ikan tamban adalah umpan terbaik. Anak ikan selayang, selar, kembong dan hirisan isi ikan mati mahu pun sotong menjadi pilihan terakhir.

 

Cara moden yang telah menjadi pilihan lewat masa kini ialah menggunakan kepingan sesudu berkilat dengan teknik casting di tebing pulau berbatu serta penggunaan jig dalam teknik jigging.

 

Umpan Dan Teknik Memancing Sagai

 

Dari apa yang saya perhati teknik tradisional banyak dipraktikkan oleh nelayan masa kini iaitu teknik umpan segar dan teknik bulu appollo. Kedua-dua teknik ini memerlukan kemahiran serta pengamatan yang baik jika inginkan hasil yang lebih. Dan rata-rata nelayan di pantai timur lebih menjurus kepada pengunaan perambut halus dari 20lb hingga 40lb. Kadar sentapan kurang bagi mereka yang menggunakan perambut kasar lebih 40lb

 

Ketika mula memancing spesies jack atau trevally ini, saya gagal untuk mendapatkan hasil yang positif berikutan jahil tentang teknik memasang umpan dengan betul. Sedangkan tekong asyik mengena sahaja. Setelah memerhati dan diberi tunjuk ajar oleh tekong baru saya merasakan perbezaan yang amat ketara.

Ads

 

Umpan Dan Teknik Memancing Sagai

 

Saya buat penilaian di mana kumpulan kami memancing menggunakan umpan dan saiz mata kail yang sama, tempat dan masa yang sama, tetapi keputusannya saya mendapat lebih dari 20 ekor berbanding 5 ekor yang memasang umpan dengan cara biasa.

 

Ia juga menjadi pilihan ikan karang dan pelagik yang tertarik dengan persembahan umpan tersebut.  Rahsianya ialah teknik yang betul mampu mengelakkan umpan berbelit dengan tali perambut utama. Jika ini berlaku, seharian tunggu tiada ikan yang sudi dengan umpan anda.

 

Ads

Umpan Dan Teknik Memancing Sagai

 

Hirisan ikan segar ini mesti digabungkan dengan teknik memasang umpan yang betul agar ia dapat memberi persembahan yang optimum. Kemudianya kita mesti tahu cara untuk melabuhkan umpan pada kedalaman yang ngam di mana kebarangkalian ikan mengambill umpan berkenaan adalah tinggi.

 

Sebagaimana kita tahu ikan trevally berkeupayaan meronda pada kedalaman dari permukaan hingga dasar, jadi kita nilai waktu dan ketika di mana ikan sedang bermain. Paling penting ialah mengawal permainan semasa bertarung dengan ikan sagai. Bibir mulutnya adalah lembut, sentapan kuat dan berterusan boleh mengoyakkan atau merobek cuping dan seterusnya rabut.

 

Ads

Umpan Dan Teknik Memancing Sagai

 

Walaupun saiznya hanya mencapai hingga 2 kaki panjang atau kurang dari 10 kg berat tetapi ikan dari keluarga Trevally mempunyai daya ketahanan dan kuat melawan. Kombinasi peralatan berkekuatan 10 hingga 20lb sesuai dan paling layak digunakan atas konsep pertarungan seimbang. Tali utama tidak perlu kasar kerana ikan ini amat berhati-hati dengan keadaan sekitar dan begitu memilih mengambil umpan.

 

Umpan Dan Teknik Memancing Sagai

 

Perambut 20lb hingga 30lb  menjadi pilihan kebanyakan nelayan. Berdasarkan pengamatan saya, bagi teknik Apollo untuk 2 atau 3 mata kail sudah di kira amat memadai. Usah terlalu banyak seperti memancing ikan umpan. Kebanyakan nelayan mengunakan mata kail mustad, VMC bersaiz 11 atau 13 atau jenis Gamakatsu saiz 1/0 atau 3/0 dengan 3 mata mencukupi.

 

Umpan Dan Teknik Memancing Sagai

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI